Risau dengan badan yang bagai dipam-pam selepas bersalin? Nak ambil produk kuruskan badan, bimbang pula memberi kesan kepada susu badan. Dalam masa yang sama mata sudah tidak tahan dengan badan sendiri. Apa kata cuba cara semula jadi. Ia selamat dan mudah dilakukan.
Kurus Selepas Bersalin Secara Semulajadi
1-Minum air dalam jumlah yang banyak
Air adalah penyembuh kepada banyak penyakit. Saranan meminum dua liter air sehari membantu menyingkirkan ‘longgokan’ toksin di dalam badan.2-Hadkan pengambilan bahan kimia
Dalam tempoh detoks ini, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan sebarang bentuk yang mengandungi bahan kimia terutama ubat penahan sakit yang akan memberikan impak negatif kepada hati.3-Elakkan makanan berproses
Makanan yang berproses sudah tentu mengandungi pengawet, perasa dan pewarna yang akan mengganggu proses nyah toksin yang sedang dijalankan.4-Hadkan kafein
hadkan pengambilan makanan atau minuman tidak melebihi 250mg sehari.5-Hindari makanan bergula
elakkan mengambil gula berproses kerana ia melambatkan proses detoks.6-Bersenam
Jangan lupa untuk bersenam. Melalui senaman yang dilakukan secara berkala, anda boleh mengeluarkan toksin menerusi peluh.7-Banyak memakan sayur-sayuran
ambil sajian sayur-sayuran yang mampu menghambat toksin dalam badan. Sayur seperti brokoli, tauge, dan bunga kubis serta bawang besar elok diamalkan dalam tempoh detoksifikasi ini.8-Makanan berserat tinggi
Makanan berserat jangan dilupakan. Anda boleh mengambil oat, beras perang sebagai menggantikan nasi putih, mi atau pasta.9-Buah-buahan dan kekacang
Gantikan kudapan anda yang berminyak dan kurang sihat itu dengan buah-buahan segar. Jika bosan mengunyahnya, anda boleh mengisar buah-buahan tersebut menjadi jus tetapi jangan menambah gula di dalamnya sebagai pemanis.10-Minuman sihat
selain air kosong, anda juga boleh meminum teh hijau, susu, air kelapa, air yang di campur perahan lemon dalam kuantiti yang sederhana.
Sumber: Majalah PaMa
Nak tambah satu lagi kak. Berjaga tgh malam nyusukan anak insyaAllah konpom kurus sebab tak cukup tido hehe.
BalasPadamgood info..xyah nak gie slimming centre kan..hehe
BalasPadamsng n jimat..xyh bazir duit p slim world..
BalasPadamBoleh jadikan rujukan nanti..tapi yang penting teruskan Breastfeeding..InsyaALLAH kurus secara semulajadi..
BalasPadam