GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dugaan Allah yang Paling Bahaya!!!

Semua orang pasti di duga kan.. tak kan terlepas... 
Biasa bila kita diduga dengan kesakitan, kematian, musibah dan bencana alam... pasti hati kita terus ingat pada Pencipta kita Allah Taala... 


TAPI!!!
satu yang kadang kita lupa.. satu ujian yang Allah duga, tapi kita perasan itu adalah dugaan iaitu
Dugaan yang paling bahaya iaitu NIKMAT...

Nikmat yang Allah beri dalam pelbagai bentuk... 
Kekayaan harta benda, kebahagiaan, kemewahan, ketenangan hati, kekuatan diri, dan pelbagai bentuk nikmat yang kita suka.. Tapi kadang-kadang nikmat itulah jadi Ujian dan dugaan bagi kita.. 

Antara sedar atau tak, nikmat itu jadi ujian.. Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dan menggunakan nikmat sebaiknya.. Contoh, Allah beri kekayaan dan kemewahan, ke mana kita laburkan kekayaan yang ada.. jika kita sedekah, adakah kita patuhi adab-adab bersedekah... sebab sedekah tanpa adab ibarat sedekah yang xde nilai.. 

Biasanya, ujian dalam bentuk nikmat ni paling bahaya sebab berapa ramai akan terkandas dan lalai dengan nikmat yang ada.. ramai yang alpa dan lupa diri serta berubah bila dapat nikmat... Biasanya kita tak perasan semua tu, tapi rakan-rakan di sekeliling kita akan perasan perkara tu... 

Jom jadikan diri kita macam kelapa bali dan jauhkan diri kita dari jadi macam pohon dedalu... 

Renungkan lirik lagu ni:

Tinggi-tinggi kelapa bali 
Kental berdiri 
Akar di bumi 
Walau bermusim di terik mentari 
Tidak sekali lupakan diri

Bila menari dongak ke langit 
Langkah mu sumbang salahkan bumi 
Silap sendiri tak dipeduli 
Terbiar sudah membuta tuli 
Baru tengadah menyesal diri

Ikutkan rasa kelak binasa 
Kerasnya hati membawa mati 
Pentingkan dosa sumpah bertakhta 
Megah ilusi mejadi mimpi 
Panasnya diri bagai dibakar api

Tinggi-tinggi kelapa bali 
Walaupun tinggi kental berdiri 
Tidak pernah lupa diri 
Tidak pernah megah diri 
Mencengkam akar di bumi

Rimbun-rimbun daun dedalu 
Tinggi di atas sombongkan diri 
Pandang langit lupa bumi 
Menumpang menunggu mati

Lagu kumpulan AMUK.. tajuk Akar dan Bumi

renungan bersama... moga bermanfaat... 

6Ulasan

  1. salam maria…salam ramadhan..lama x datang singgah sini..huhu..maaf ya..lirik lagu n mmang mendalam maksudnya kan

    BalasPadam
  2. benar sis, selalunya kita alpa dengan kesenangan dan kelonggaran yang kita nikmati setiap hari. Contoh: keamanan.

    Pernah seorang ustaz mengatakan bahawa tidakkah kita terfikir bahawa keamanan yang kita kecapi ini sebenarnya mungkin merupakan 'azab' atau ujian Allah untuk kita. Dalam keamanan pun boleh timbul kekacauan, jenayah, rasuah, tidak amanah dan sebagainya. Dan, Allah berikan ujian ini tidak lain tidak bukan adalah supaya kita hambaNya ini kembali beriman kepadaNya.

    When to think about it....i think he's telling the truth.

    BalasPadam
  3. wow...sungguh benar....dan bgaimana pula adab2 sedekah..pohon pencerahan...jazakallah

    BalasPadam
  4. wow...sungguh benar....dan bgaimana pula adab2 sedekah..pohon pencerahan...jazakallah

    BalasPadam
  5. wow...masyallah..sungguh benar kata2 itu....dan bgimana pula adab2 sedekah supaya diterims...termasok ke...ke family..adik2..sdrmara.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ