GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sweet Memory Ramadhan 1434H: Iftar Jama'i Perdana

Ni kisah Jumaat lepas.. Jumaat lepas sekolah aku buat Iftar Jama'i Perdana secara besar-besaran di sekolah.. Iftar ni digabungkan dengan program motivasi pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ni.. Meriahnya rasa.. 

Aku ditugaskan sebagai AJK Makanan Guru dan Staff.. Iftar ni memang besar bagiku, sebab anjuran dari banyak pihak luar... terutama dari Kumpulan Media Karangkraf dan artis jemputan.. semuanya diuruskan oleh pihak Kelab Guru dan Staff.. 

Alhamdulillah.. segala yang dirancang berjalan lancar... Rasa seronok sekali, kemeriahan terasa masa menyiapkan juadah dan makanan... Penat tapi seronok... Asalnya makanan hanya nasi dan air.. tapi akhir dekat dengan berbuka, ada aje orang sedekah kuih... memang murahkan rezeki Ramadhan kan... 



Bagi aku, ni pengalaman manis sepanjang jadi cikgu.. seronok berbuka dengan rakan-rakan sekerja.. walaupun tak lah bertalam bagai.. ingat kalau iftar guru sahaja, makan berjemaah dalam talam mesti lagi seronok kan.. lagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim.. 

Apa-apa pun, terima kasih en.somi sebab sudi hantar dan ambil dan jaga Faiqah sampai ke malam... segalanya selesai sudah.. Moga tahun depan cuba buat untuk guru sahaja mungkin, untuk ukhwah sesama rakan sekerja kan... 

7Ulasan

  1. Salam.. salam ziarah kembali.. bestkan iftar ramai2..

    BalasPadam
  2. bestnya suasana dalam gambar tu, paling seronok studentnya, cikgu cikgi tumpang sekaki. Ada lebih tak?

    BalasPadam
  3. waaa..bestnya.. sesekali mmng seronok..nak2 setahun sekali kan.. :)

    BalasPadam
  4. Mengenang kembali zaman jadi cikgu dulu..mcm2 pengalaman..

    BalasPadam
  5. syoknya beriftar dengan kawan-kawan..huhu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ