GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tak Salah Anak-anak Suka Coklat

Faiqah suka sangat makan coklat, apa saja jenis coklat dia mkan... ada ibu bapa yg straight cnfirm tak kan benarkan anak2 makan coklat kan.. sebab takut gemuk, obesiti dan lain2.. Bagi aku, sekali sekala makan xde salahnya kan... Jom baca artikel yang kutip dari majalah Pa&Ma... 

Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak  mereka makan coklat kerana bimbangkan kesan buruknya. Betulkah coklat tidak baik untuk kesihatan? 
Ibu bapa sering dimomokkan dengan pelbagai kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak makan coklat. Mereka berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti dan penyakit jantung.

Tahukah anda sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Ini bermakna, coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah.

Selain tinggi nilai tenaganya, coklat turut mengandungi anti-oksida yang dikenali sebagai flavonoid. Anti-oksida ini membantu melindungi tubuh daripada proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok. Flavonoid juga dapat melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon. 

Phenylethylamine yang ada dalam coklat pula dapat menenteramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan. Sementara itu, karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.

Coklat rosakkan gigi

Tanggapan yang mengatakan bahawa coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak perlu disangkal. Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya ialah hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.

Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan  asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mudah cair di dalam mulut. Hasilnya, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut seterusnya menghalang pertumbuhan plak. Walau bagaimanapun, selepas memakan coklat, galakkanlah anak anda menggosok gigi. 

Coklat juga bukanlah makanan yang boleh menggemukkan. Punca gemuk atau obesiti adalah makan berlebihan. Makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh mengelakkan berat badan yang ideal.

Dalam hal berkaitan masalah sakit jantung, coklat bukan puncanya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksida yang dikenali sebagai fenol yang boleh mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Kajian terkini juga menunjukkan bahawa lemak koko mengandungi 38.2% asid oleik (asid lemak tidak tepu) berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara, asid stearik iaitu asid lemak tepu yang ada dalam mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi sebarang kesan pada kolesterol darah. Kenyataan ini membuktikan pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung


Nota ungu: Jadi, janganlah straight sgt kot.. pendapat aku la kah.. setakat sebulan sekali dan dalam kuantiti yg sedikit xde masalah... Tapi terpulanglah kepada ibu bapa masing, kalau aku, bgi je.. tapi mmg TIDAK pada gula2.. Gula2 dan jajan mmg x bg langsung la... 



entry autopublish

3Ulasan

  1. masalahnya kalu makan coklat, comot 1 badan..

    BalasPadam
  2. setuju sangat.. coklat mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kanak2.. yang penting pemakanan dan aktiviti fizikal perlulah seimbang..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ