Ticker

6/recent/ticker-posts

Kami Dirai: Sambutan Hari Guru 2013

Alhamdulillah, selesai sudah segala yg dirancang dan disusun oleh AJK Kelab Guru dan Staff sekolah utk menjayakan Sambutan Hari Guru... Meriah sungguh ku rasa.. Tahun ni paling meriah kot dengan pelbagai agenda dan kelainan... 

Kami sedondon (^_^)

Fesyen tradisional dari guru-guru lelaki

Seawal jam 7 pagi aku dah smpai sekolah... Lepas minum di kantin sekolah, kami berkumpul di perkarangan sekolah untuk berarak masuk mengikut panitia.. Panitia Agama berpakaian sedondon... Alhamdulillah.. 
Lepas berarak, baca perutusan, rasmi dan akhir sekali baca ikrar dan tak lupa agenda wajib sambutan hari guru di Malaysia, iaitu menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.. 

Lepas siap segala, acara penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang... Lepas siap semua penyampaian, kami diarak keluar pentas pula untuk beri lalu kepada acara guru dan pelajar.. 
Gimik persembahan dari pelajar. Perlepasan banner buaran sendiri dari pelajar tingkatan 5
Persembahan guru bersama pelajar
Acara guru, iaitu mainan sukaneka... dan acara pelajar karaoke.. (acara wajib sekolah yg aku tak berkenan sgt)... Lepas siap, dalm kul 11, artis jemputan sampai.. iaitu Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi)... sejurus lepas tu, Ahli Parlimen plak datang sebagai tetamu kehormat...

Acara persembahan dari Pak Nil
Acara diteruskan dengan persembahan demi persembahan.. Paling gempak acara artis jemputana lah kan.. hmm.. macam kena his***** je budak2 ni.. padahal, selalu je tgk Pak Nil kat Astro kan.. huhu...

Persembahan dari PKBM

Lepas hbis persembahan, penyampaian hadiah pertandingan dan permainan serta penyampaian anugerah untuk guru, yang diundi pelajar.. Dan akhir persembahan di akhiri dgn persembahan dari PKBM, dan lepas tu dari semua pelajar.. buat nyanyian apa ntah.. mcm chicken dance je lah gayanye... 

Siap semua segala.. bergambar beramai2 di dataran untuk dimuatkan dalam akhbar... Aku pun tak sure akhbar mana yg masukk.. tunggu jelah nanti..

Makanan melayu lama... dilayan oleh dayang2... :)

Lepas penat dan berpanas, soruuu time.. makanlah.. perut berkeroncong... Makanan pun menu tradisional.. Apa-apa pun memang terhibur... Sebab bab2 hiburan ni mmg nombor satu lah pelajar2 di bandar ni kan.. 
hadiah hari guru tahun ni.. Terima kasih anak-anak... :)
Apa2 pun terima kasih buat Kelab Guru dan Staff serta pelajar2 yg bertungkus lumus siapkan dan jayakan majlis sambutan hari guru tahun ni.. Terima kasih semua.. :)




Nota Ungu: Entry ni untuk mencatatkan kenanagan sbg tahun ke-3 sambut hari guru.. Terima kasih cikgu..:)

Catat Komen

4 Ulasan

  1. selamat hari guru..cikgu..hehe.. banyak dapat hadiah..sambutan meriah yea..ada pak nil lagi.. :)

    BalasPadam
  2. whoaa!!grenti meriah sakan hari Guru nih..Selamat Hari Guru..

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Guru...banyak hadiah..

    BalasPadam
  4. selamat hari guru.. wah.. untung jadi cikgu sebab dapat banyak hadiah.. :D

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^