GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Kelebihan Alami Morning Sickness Ketika Mengandung

7 Kelebihan Alami Morning Sickness Ketika Mengandung | Kebanyakan wanita mesti alami morning sickness, antara teruk dengan tak je kan..

Gejala mabuk, pening, muntah, loya dan alah kepada bauan tertentu, perkara biasa bagi ibu mengandung..

MF kurang pengalaman bab ni sebab sepanjang MF mengandung memang tidak alami morning sickness teruk seperti mual dan sebagainya.

Tapi bagi kebanyakan wanita akan alami morning sickness ni, dan ini juga merupakan petanda awal mengandung.

Sebab tu, asal muntah je mengandung... hahaha...

Bagi wanita yang mengalami morning sickness, seharusnya kita bersyukur. Morning sickness bukan hanya atau sekadar alahan biasa, tapi ada kelebihan morning sickness kepada ibu mengandung sebenarnya.

Menurut kajian perubatan, ada 7 kelebihan morning sickness kepada ibu mengandung, seperti mual, muntah dan pening terutamanya di awal kehamilan.

7 Kelebihan Alami Morning Sickness Ketika Mengandung
7 Kelebihan Alami Morning Sickness Ketika Mengandung

1. Risiko keguguran lebih rendah.

Ibu mengandung yang alami morning sickness akan merendahkan risiko keguguran dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya. Orang kata, rahim jadi kuat, sebab tu hormon berubah.

2. Perlindungan kepada embrio.

Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Risiko kematian bayi selepas kelahiran rendah.

Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Risiko bayi pra-matang juga rendah.

Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat lahir.

Bayi lahir dengan berat yang normal dan lebih tinggi berbanding bayi yang ibunya tidak alami morning sickness.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

Bayi sihat sempurna dalam kandungan. Merendahkan risiko kecacatan bayi ketika dalam kandungan.

7. Ukuran plasenta bertambah

Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.

Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.

Jadi, alahan atau morning sickness ketika mengandung bukan satu kekurangan, tapi satu kelebihan yang menunjukkan bayi kita sihat, sempurna dan selamat dalam kandungan. Insha Allah.

2Ulasan

  1. Bersakit2 dahulu kan. Nnt dapat yg lebih bakj

    BalasPadam
  2. info yg sangat best!. tq dear. Jemput singgah
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ