Ticker

6/recent/ticker-posts

Terasa Sayu Anakku dah tiada

Salam semua.. terasa baru nak kongsi cerita... pernah dulu aku khbarkan aku ada 2 rahsia kan.. satu aku dah bagitau iaitu aku dah dapat rumah sewa baru kan.. sebenarnya serentak dengan tu, aku ada berita gembira juga, rezeki anak sebenarnya dapat rumah tu.. Faiqah akan jadi kakak... 


Tapi tak lama pun rupanya, Allah pinjamkan kejap je keseronokan tu sebab Allah nak bagi aku rezeki rumah tu dan juga nak tambahkan keimanan aku dengan benarlah kata-kata Allah dalam surah al-Isra' ayat 31 yg bermaksud "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar."... Ayat ni bukti bahawa, jangan takut nk beranak ramai sbb takut miskin, sebab setiap anak de rezeki... 
Besarlah ni adik dalam kandungan ummi yg telah pergi... 

Sebab tu lah rezeki kami dapat rumah lepas aku check UPT positif... memang rezeki betul masa tu... Alhamdulillah... tapi sebenarnya Allah pinjamkan aje kejap.. seminggu selepas tu aku bleeding... dan secara natural ankku yg berusia 6 minggu tu pergi secara semula jadi.. 

Sayu juga tadi bila lihat ketulan2 kecil darah pekat, ku tahu tu janin yg tak jadi... tak pelah.. takde rezeki kali ni.. dan aku dan suami juga pasti Allah tahu, kami belum bersedia sepenuhnya untuk timang anak dalam masa terdekat ni... sebab planning kami untuk tahun depan... tapi mmg la redha dan seronok bila thu nk dpat zuriat lagi, dan aku dan suami juga redha bila zuriat tu hanya pinjaman sementara.. 

Baru ku rasa, macam mana sedihnya org yg nak sgt anak kan.. berusaha dan berusaha tanpa jemu... dah lekat, hilang pula... tapi aku tetap akn ingat ankku ini.. sebab tu aku nak coret entry ni sebagai kenangan kami nanti... 

Buat adik, ummi dan abi redha adik pergi... kerana adik pinjaman Allah untuk keseronokan dan pembawa rezeki ummi, abi dan kakak faiqah... Terima kasih Allah kerana pinjamkan adik untuk kami... Sekarang, ummi dan abi tgh fikirkan nama untuk adik... walaupun tak tahu pun jantina.. tapi sbenarnya 6 minggu dah jadi seketul daging kan... mknanya dia jadi janin kecil je... maka, aku nak juga letakkan nama untuk adik.. untuk ummi dan abi ingat adik smpai bila.. kerana adik pernah menumpang di rahim umi wlaupun sebentar... 

Selepas berpindah dan dah stabil sikit kehidupan, baru plan betul2 nak bagi Faiqah adik, Faiqah pun masih tak sedia nak adik sebab tak puas lagi mngempeng dengan ummi... sebab ummi dah tekad nk menyusu Faiqah smpai 2 tahun kan.. sebab tu juga Allah pinjamkan saja kan.. hnya Allah yg tahu hikmahnya dan Allah tahu yg terbaik untuk kami... :-)

Catat Komen

15 Ulasan

  1. Agak berat dugaan yang diberi ni.. Tapi jangan bersedih, In Shaa Allah syurga sudah pasti tempatnya.. =)

    BalasPadam
  2. Mmg bukan ditulis sebagai rezki kita kan...kenalah rdha...

    BalasPadam
  3. haihhh bergenan air mata cikgu baca. sabar yer maria sekeluarga. sekurang2nya adik dah berada di syurga. cikgu pun kepingin sangat nak bagi Dr. Firas yg oshem tu adik. Kesian tengok dia sunyi. Firas suka berkawan. Tapi kesihatan mama dia ni belum mengizinkan. Doakan cikgu cepat sembuh dan boleh bagi adik utk firas

    BalasPadam
  4. bersama anak yang lahir itu ada rahmat dan ujian..dan bersama ujian Allah itu beserta pahala juga syurga..lantaran itu kita sebagai hamba..mesti redha dan tabah dalam melalui denai dugaan ILAHI..ada yang lebih baik sedang menanti..ameen..

    BalasPadam
  5. Sedihnya.... sabarlah, in shaa Allah akan ada rezeki lain kali. Faham sangat perasaan macamana sebab tahun lepas kakak pun keguguran (2 bulan), setelah 10 tahun tidak mengandung... kami hanya gembira untuk 7 hari (setelah dikenalpasti positif), dan memang sedih sangat... tapi apa boleh buat, percayalah, ada hikmah di sebaliknya.

    BalasPadam
  6. saya pun pernah keguguran anak dalam kandungan...usianya sudah memasuki 5 bulan...lebih sedih dialah anak lelaki yang kami nanti2kan... betul...itu bukan rezeki kita...saya harap maria tabah dan terima segala ujian Allah ni..

    BalasPadam
  7. Sabar. Bergenang air mata. Teringat baby sy yg 14mggu ade dlm tummy. ;) tahu perasaan tu. Ngah bersabar jugak ni. sabar dn ;)

    BalasPadam
  8. takziah ye kak???
    moga tabah menghadapi ujian nih....

    BalasPadam
  9. terima kasih bagi yg mendoakan saya... sy redha semua yg berlaku... perkongsian ni sbg kenangan saya bersama adik wlaupun sekejap je.. sekurang2 ini bukti adik pernh jadi juara kami...

    BalasPadam
  10. @piNky LuCiAowh.. pernah keguguran juga ea.. tak tahu pun.. takziah ea.. moga ada rezeki lain lpas ni...

    BalasPadam
  11. @Ummiarissa Mahdiwah.. lagi sedih sbb dh jadi janin yg lengkap dan smpurna sbb dh 5 bulan..

    BalasPadam
  12. @Amiesalam takziah juga.. ada rezeki lain lpas ni inshaa Allah..

    BalasPadam
  13. takziah dear :(

    Mesti ada hikmah di sebalik semua ni..

    apapun dear MISI kita sama menyusukan anak hingga 2 tahun :)

    BalasPadam
  14. takziah ya :) ada rezeki yang lain menanti... insyaAllah...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^