Hukum dan Kelebihan Derma Darah

6
Hukum dan Kelebihan Derma Darah | MENDERMA darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia. 
Hukum dan Kelebihan Derma Darah

Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal. Pada masa tertentu, bekalan darah dikatakan tidak mencukupi kerana penderma darah kurang gagal menampung keperluan semasa. 

Satu unit darah yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia. 

Islam menggalakkan amalan tolong-menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.” 

Darah adalah ‘kuasa’ menggerakkan aktiviti badan seperti petrol menghidupkan enjin. Setakat ini belum ada unsur lain dapat menggantikan fungsi darah. Dipercayai tidak akan ada ciptaan manusia dapat menggantikannya. 

Percubaan menggunakan darah binatang untuk manusia tidak pernah berjaya. Seorang pakar bedah pernah mencuba menggunakan darah binatang menggantikan darah manusia dituduh sebagai pembunuh selepas pesakitnya meninggal dunia akibat pemindahan darah itu. 

Bahkan, darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika tidak mengikut jenisnya. Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB. 

Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja. Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah. 

Darah adalah asal bermulanya hayat manusia. Dari darah terjadinya air mani. Sabda Rasulullah menjelaskan 40 titik darah menjadi setitik air mani. 

Hukum menderma darah adalah harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh. 

Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut. 

Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173). 

Allah menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-An’am ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan oleh-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….” 

Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah. 

Proses menderma darah amat mudah dan mengambil masa singkat. Penderma darah tidak mengalami rasa sakit ‘keterlaluan’ sepanjang proses menderma darah. 

Hakikat menderma darah tidak membahayakan diri dan tidak mendatangkan kesan sampingan, tidak perlu diragui. Di negara kita sudah ramai menderma lebih 100 kali dan keadaan mereka masih sihat. 

Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan. 

Renungkan firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 hingga 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti akan diberi balasannya, dan sesiapa juga membuat kejahatan walaupun sebesar zarah, akan juga mendapat pembalasan.” 

Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim) 

Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara biasa.

Ciri penderma darah:

* Berumur 18 hingga 65 tahun. Berat badan melebihi 45 kilogram. (daku tak leh derma sebab berat badan tak smpai 45kg pun.. )

* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus. (yang ni daku xde msalah, sbb mmg hb pkat je lau suamiku lebih dari 14.5%)

* Tidak menghidap penyakit kronik. (daku de asma.. so xleh gak nak derma)

* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma. (yang mmg la pernah sentuh pun.. HARAM)

* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor. (dah tak amik dah kecuali lau sakit)

* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma. (terlebih 5 jam ada la kan.. hihi)


p/s: suamiku dah lebih dari 10 kali menderma darah, sejak zaman bujang hingga dah kahwin, rutin tahunannya menderma setahun dua kali... Alhamdulillah dia mkin sihat, sebab jika dia tak menderma mula lah rasa lemau je.. 

This articel kredit from BHOnline & harum.com.my

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Moga ramai yang tampil ke depan menderma

    BalasPadam
  2. TQ for the info dik .. ;)
    dah lama juga x menderma nie ...

    BalasPadam
  3. Tak pernah merasa derma darah.. Bukan tak sudi nak derma, tapi nurse yang tak sudi nak amik coz tak cukup syarat.. Wuuu~~ T_T

    P/S : Datang membalas jejak.. Salam kenal.. Singgah & follow sini juga.. =)

    BalasPadam
  4. kalau dekat dah lama pergi.. aritu baru first time merasa derma darah, rasa ketagih lak.. hikhik

    BalasPadam
  5. memang tau kebaikan derma darah, tapi ceqgu anis ni takut jarum ....huhuhu. kalau pi klinik siap cakap awal2 kat doktor nak jarum kecik. pastu doktor siap usik lagi, aiseyy hari ni jarum kecik dah habis, tinggal jarum yg paling besar jer huwaaaa

    BalasPadam
  6. Anis pon dah 2 kali derma.. ceh bangga bru dua kali.. hekhekk

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan