GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ejen halal: Ais Ikan


Baru nak update, Hari Khamis malam jumaat lepas aku tak lepas peluang tonton Ejen Halal, rancangan yang best di TV al-Hijrah sebab berkaitan dengan halal dalam segenap kehidupan kita, tambah2 produk yg kita guna... Yang khamis lepas tajuk "Ais & Industri Perikanan"


Sapa-sapa yang suka makan ikan, wajib tengok ni... sebab sebelum ni, aku sendiri tak tahu, yang ais untuk segarkan ikan tu pun de status halal dan haram... Sebenarnya dalam sektor perikanan ada nelayan2 terutama nelayan laut dalam gunakan satu bahan untuk kekalkan kesegaran ikan iaitu "Formalin".. Formalin ni adalah bahan yg digunakan dalam sektor perubatan untuk mengawet mayat. Formalin juga adalah bahan yang digunakan dalam cat, termasuk cat rumah.

Formalin ni dikatakan boleh memudharatkan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang. Penggunaan formalin dalam sektor perikanan adalah haram sebab memudharatkan manusia juga.. ia boleh menyebabkan sakit buah pinggang dan kanser serta sakit paru-paru. 

Bila tengok ejen halal, baru tahu.. ikan yang disegarkan guna formalin, ikan akan kekal segar dan isi juga keras dan segar... tapi walaupun segar ia berikan kesan. Namun, lepas diharamkan, nelayan boleh gunakan ais utk pastikan ikan segar. 

Boleh dapatkan isu pasal formalin dan bahaya formalin boleh baca di SINI.

p/s: sebelum ni macam tak kisah je kan, tapi bila tengok rancangan ni, lebih berhati2 sebab mencari yang halal fardhu bagi setiap Muslim


4Ulasan

  1. nak tengok cm xsempat je.akk review la ejen halal 2

    BalasPadam
  2. hai.. haii.. haii..
    saya datang membalas kunjungan
    done follow u back.
    nice.. pekongsian yang baik :)

    BalasPadam
  3. salam..saya suka ikan..terima kasih atas info nih..baru tau

    BalasPadam
  4. Terimakasih Maria, berkongsi info.
    Saya rasa, beli di pasar basah lebih kurang risiko ubat segar berbanding di pasaraya yg selalu dibeku tu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ