GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia


Gerhana Bulan dijangka akan berlaku lagi, akhir tahun ni.. Terbaca satu artikel pasal kesan gerhana bulan kepada manusia.. kesan yang dimaksudkan, gerhana bulan memberi kesan kepada sikap atau kelakuan serta kesihatan manusia.


Dari sudut agama ISlam, gerhana bulan atau matahari tidak memberi kesan apa2 kepada manusia, kerana gerhana adalah bukti dan tanda Kekuasaan Allah.. dan atas sebab itu, umat ISlam disunatkan perbanyakan zikir dan selawat serta solat sunat gerhana sepanjang gerhana bulan/matahari berlaku.. 

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a bahawa Nabi. s.a.w bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah."

Gerhana dari sudut sains pulak, iaitu perubahan dan terbntuknya satu garisan lurus antara bumi, matahari dan bulan... dan biasanya gerhana bulan yg kerap terjadi dalam setahun, gerhana matahari jarang berlaku. 

Pemikir zaman dahulu pula mengaitkan gerhana bulan atau matahari memberi kesan kepada kelakuan atau kesihatan mental seseorang, namun ini tidak dapat dijelaskan secara teliti oleh pakar sains. Tiada bukti yang jelas, yang mengatakan gerhana akan memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Ini kerana, waktu berlaku gerhana, pesakit mental di hospital mental tidak bertambah secara drastik.

Tiada bukti jelas yang menunjukkan gerhana bulan membawa bencana kepada manusia mahupun dari segi sikap atau kesihatan manusia. 

Artikel penuh boleh baca di SINI

p/s: seronok dan rasa taajub dgn keagungan Allah menciptakan dan menjadikan gerhana bulan dan matahari. Pengalaman melihat sendiri gerhana cincin Matahari sgt2 menimbulkan perasaan yg tak terluah dek kata2.. 

4Ulasan

  1. Nice info dear..tq for sharing...salam perkenalan

    BalasPadam
  2. salam. betul tu. kalau dapat lihat mmg terasa betul kekuasaan Allah benda2 ni semua terjadi kan :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak, sheila nak bagitau yg blog akak ni dah direview oleh sheila. sila jenguk ye :)
    http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2012/11/blog-review-3.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ