GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Kekalkan Kasih Suami

Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami? Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
  • Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
  • Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan. (jangan nak ngadap muka buku ea time ni.. tak pasal2 je nanti...)
  • Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.
  • Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
  • Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari. (tujuh kali sehari bukan tujuh hari sekali)
  • Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka. (sms pun boleh :-)
  • Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
  • Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu. (yang ni biasanya, lau ggu pun tak sedar sbb lelaki akn fokus bila buat kerja)
  • Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
  • Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  • Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
  • Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama. (wajib pakai sexy2 hihi)
  • Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  • Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.
  • Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Satu lagi ku nak tambah, bergurau dan mengusik penambah ceria dan bahagia... jom kita amalkan bersama.. sebaiknya, amalkan selalu dan biasakan... bila dah biasa, insya-Allah kita akn buat smpai bila2 wlaupun dah bercucu nanti.. insya-Allah...

p/s: entry ni dari koleksi artikel dalam simpananku...tapi hasil pembacaan dari mana aku tak ingat sbb dh lama tersimpan dalam pc kan... mohon halalkan jika ada penulis asal yg baca entry ni... sharing is caring.. :-)


2Ulasan

  1. Sorry kak ha.. Terdelete lak komen tu.. Utk pngetahuan.. My amik dr pmbacaan buku.. Dan tapi my buat koleksi dh lama.. Mmg tersmpn dlm pc... So.. Mmg diolah sndri... My tahu..sbb lau copy kna ltaksumbernya... Sbb de akta copyright tu... :-)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ