GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penting!!!.. Ayat Ruqyah

Lepak santai je hari ni.. relax setelah menghadapi 'drama' semalam yang menyebabkan aku dan kengkawan overtime sampai kul 8 lebih baru balik rumah.. 

Dengan apa yang ku hadapi sejak kebelakangan ni, ku rasa pentingnya utk kita sama dan setiap org amalkan ayat rukyah.. sebagai pendinding diri, anak dan keluarga.. Suami terutamanya, yang patut2 kuat dan amalkan ayat rukyah ni.. 

Kenapa penting ayat ayat rukyah ni??? sebabnya, bila berlaku sesuatu gangguan makhluk Allah yang kita tak nmpak.. ayat-ayat nilah yang kita baca untuk kepentingan dan perlindungan diri sendiri.. Sebab kalau nak lawan org yang kena tu, kita sndiri kena betul2 kuat.. Tapi kalau tak kuat, cukup sekadar kita amalkan dan lindungi diri dan anak2 serta keluarga kita.. 

Ayat-ayat rukyah yang boleh diamalkan:
  1. Al-Fatihah: Juz 1 (Seluruhnya)
  2. Al-Baqarah: Juz 1 ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Juz 1 102
  4. Al-Baqarah: Juz 2 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi): Juz 3 ayat 255
  6. Al-Baqarah: Juz 3 ayat 285-286
  7. Ali-Imran: Juz 3 ayat 18-19
  8. Al-’Araf: Juz 8 ayat 54-56
  9. Al-’Araf: Juz 9 ayat 117-122
  10. Yunus: Juz 11 ayat 81-82
  11. Toha: Juz 16 ayat 69
  12. Al-Mukminun: Juz 18 ayat 115-118
  13. As-Soffaat: Juz 23 ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf: Juz 26 ayat 29-32
  15. Ar-Rahman: Juz 27 ayat 33-36
  16. Al-Hasyr: Juz 28 ayat 21-24
  17. Al-Jin: Juz 29 ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas: Juz 30 (Seluruhnya)
  19. Al-Falaq Juz 30 (Seluruhnya)
  20. An-Naas Juz 30 (Seluruhnya)


Yang penting, dengan amalkan ayat2 ni, diri kita kuat spiritual dan mental... Wajib amalkan.. jangan dah kena baru nak buat.. mmg tak menjadi lah.. Moga dengan perkongsian ni, kita semua dilindungi dan dalam pemeliharaan Allah sentiasa.. ameen..

Untuk amalan penuh dan maklumat lanjut..boleh refer SINI

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ