div id='header-inner'>

Doa untuk elak keguguran

Lepas naik cuti raya, beberapa berita yang ku dengar di tempat kerja.. semuanya berita yang menyedihkan.. Berita keguguran kandungan.. dua orang rakan sekerja yang baru je dapat berita waktu bulan puasa, menerima berita keguguran.. hmm.. ku tumpang bersedih.. memang tak de rezeki kan.. ( mmg senang bercakap tapi jika Allah yang bagi kat aku tak tahu la macam mana.. nauzubillah..)

Masa bercuti di Johor, aku sempat ke kedai buku, sebab nak beli buku2 unutk sekolah.. pastu dlam dok belek2 buku kat situ, aku terpndang satu buku "Fadhilat & Amalan Membaca Surah-surah Pilihan".. hmm.. rasa menarik terus je beli.. 

Balik rumah baru belek2 buku tu.. dan dalam buku tu ada satu doa yang perlu ku kongsikan untuk di amalkan bersama, terutama bagi yang nak menimang cahaya mata dan mengelakkan keguguran.. 

Ni doanya.. dalam surah al-Hijr: ayat 97 hingga ayat 99...

Maksudnya: "Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa Engkau bersusah hati Dengan sebab apa Yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah Engkau Dengan memuji Tuhanmu, serta Jadilah dari orang-orang Yang sujud. Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin."                                                                      (Surah al-Hijr: 15: 97-99)

Jom kita sama2 amalkan... elok diamalkan bagi yang mengalami keguguran dan pernah keguguran.. Segalanya dengan izin dari Allah.. Selamat beramal..

Catat Komen

0 Ulasan