GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

30 Ogos Menggamit Memory

Huh...melepaskan penat balik kerja.. Ingat nak coret semalam.. Tapi semalam ku tak sihat.. Sakit satu badan.. Ni tgh rehat jap...de la rasa nak katakan sesuatu...

Hari tanggal 30 Ogos.. Memang kenangan yg memang akan terpahat kekal kat otak aku ni.. Tersimpan kemas kat memori ni... Mahu taknye.. Masih kah korg ingat.. 30 Ogos 2011 adalah tarikh semua umat Islam smbut raya kat Malaysia ni.. Mesti lupanye.. Hehe..  tapi ku tak leh lupa sbb tarikh ni buatkan aku tak raya tahun lepas..

Jam 4 pagi 30 Ogos aku dah mengadap pintu hospital Baling... Aduh.. Pagi raya tu.. Jam 8 pagi 30 Ogos 2011 aku smbut raya dengan nurse2 dan pesakit kat wad bersalin... Tapi aku tak bersalin lagi...

Jam 11 pagi.. Family aku datang... Huhu...sedih ooo... Lebih kurg jam 1 ptg naik ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim..kena transfer ke sana sebab aku de asma.. Diorg tak nak amik risiko..

Jam 2 ptg smpai di Sg. Petani...daftar nama.. Tunggu kat labour room... Memang ramai betul lahir 1 Syawal... Aku setia menanti sebab suamiku memujuk baby lahir 31 Ogos. .

So..setia lah aku di wad dulu... Hingga lah ke 30 Ogos sebelah malam... Lbih kurg 8 mlm baru turun ke labour room semula.. Dok lah menginap di situ sepanjang malam... Bebrapa kali tidur dan jaga...sehingga tamat dah tarikh 30 Ogos... Baby masih setia di dalam perut ummi dan sedia nak lihat dunia...

Detik2 dan memori ni lah buat kan aku tak lupa nak ingat tarikh 30 Ogos. .

Cerita seterusnya akan ku smbung di entry seterusnya... Ok...

P/s: Esok genap setahun anakku Faiqah. 


0Ulasan