lama x update info pasal susu ibu.. so ni ada info nk kongsi sikit..
Bagaimanakah
rutin boleh membantu bayi saya tidur?
Bayi anda akan berada dalam keadaan yang lebih tenang jika dia boleh
menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. Lebih relaks bayi, lebih baik
kemungkinan dia akan tertidur dengan lebih mudah dan cepat.
Pada usia seawal enam atau lapan minggu bayi anda sudah boleh
mematuhi satu aturcara tidur yang tetap setiap malam. Bayi anda sudah tentu
dengan mudahnya dapat menghargai satu cara yang konsisten dan boleh diramal.
Ini akan membantu dia mempelajari tabiat tidur yang akan menguntungkan anda berdua
pada masa yang akan datang.
Apa yang disertakan dalam rutin anda terpulang kepada anda. Ini terdiri dari rutin mandi biasa, memakaikan pijama, membaca
cerita, berpeluk-pelukan atau bermain-mainan secara menenangkan. Yang penting
ialah anda memilih sesuatu yang dapat membantu menenangkan bayi anda. Juga,
walaupun permulaan rutin ini berlaku di bilik mandi atau bilik duduk, pastikan
anda menamatkannya dalam bilik tidur bayi anda.
Adalah penting untuk memastikan bilik bayi anda merupakan satu tempat yang
nyaman untuk berada dalamnya, bukan sekadar tempat dia ditinggalkan bila sampai
masa untuk tidur. Jadikan masa tidur satu peristiwa yang menyeronokkan, dan tak
lama nanti, dengan perhatian dan banyak peluk-pelukan, bayi anda mengemari
keseluruhan proses itu. Jika dia merasa terganggu apabila anda meninggalkannya
setelah membaringkan dia, beritahu dia yang anda akan datang semula dalam
sedikit masa untuk menjenguk dia. Dia mungkin sudah nyenyak tertidur apabila
anda kembali kelak.
Idea-idea berikut
telah digunakan dengan berjaya oleh ibu-ibu dan bapa-bapa BabyCenter. Mungkin
anda boleh mendapatkan sesuatu yang sesuai untuk anda. Dan jangan lupa bahawa
rutin tidur menmanfaatkan ibubapa juga. Ia merupakan masa istimewa untuk
digunakan bersama bayi anda.
Melepaskan geram
Kadangkala lebih baik jika anda biarkan bayi anda melepaskan tenaga yang
terpendam dalam sistemnya sebelum anda menidurkan dia untuk malam itu. Main
satu permainan dengan dia atau biarkan dia
tendang-menendang dengan puas, tapi selepas itu teruskan dengan aktiviti yang
menenangkan, seperti mandi atau bercerita sebelum tidur.
Mandikan dia
Berendam dalam air suam cukup menenangkan, oleh itu mandi adalah satu cara baik
bagi suami anda mendapat masa istimewa dengan bayi, terutama sekali jika anda
mengamalkan penyusuan badan dan dia sudah tentu tak dapat
membantu memberi bayi makan.
Jika bayi anda teruja apabila dimandikan dan tidak sukakannya, jangan masukkan
mandi dalam rutin anda. Sebaliknya, adakan masa untuk berpeluk-pelukan atau
membaca cerita. Dan jangan lupa untuk menjenguk tip-tip kami tentang keselamatan bilik mandi.
Lap dan rapikan dia
Anda boleh sertakan dalam rutin bayi anda cuci muka dan tangan, gosok gusi atau
gosok gigi, tukar lampin dan pakai pijama. Tabiat
menggosok gigi penting dimulakan pada umur awal supaya bayi anda biasa
dengannya.
Berbual-bual dengan dia
Masa tidur memberi peluang baik bagi anda menghabiskan masa berbual-bual dengan bayi anda. Jika anda tidak
pasti apa yang hendak dibualkan, mulalah dengan bercakap tentang apa yang bayi
telah lakukan pada hari itu. Suara anda akan mententeram dan menyelesakan bayi
anda.
Mengucap selamat malam
Ramai bayi sukakan ritual dibawa mengelilingi bilik atau rumah sebelum tidur
dan mengucapkan selamat malam kepada semua ahli keluarga, haiwan kesayangan,
mainan yang digemari dan objek-objek lain.
Bacakan cerita sebelum tidur
Bayi anda akan suka mengerekot selesa dengan anda untuk mendengar cerita. Ini juga akan membantu dia mengenali
perkataan-perkataan baru. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran bahasa bayi akan
meningkat jika didedahkan kepada kosa kata yang luas.
Nyanyikan lagu
Menyanyi senandung buaian adalah cara baik untuk membantu bayi anda tertidur
yang terjamin berkurun-kurun. Bayi tentu gemar mendengarkan bunyi-bunyi yang
digemari, suara anda, dan melodi nyaman lagu itu juga menenangkan. Jika anda
sudah lupa lirik atau senandung kegemaran anda, pergilah ke lirik senandung buaian dan senandung
dari fail media digital untuk mendapatkan kursus segar.
Main musik
Mulakan mainan CD atau pita rakaman senandung bayi, musik klasik, atau lain
kegemaran kanak-kanak semasa anda menidurkan bayi - dan biarkan rakaman itu
berterusan selepas anda meninggalkan dia - ini memudahkan bayi membuat transisi
dari keadaan terjaga kepada tidur. Musik mempunyai manfaat tambahan bagi
menenggelamkan bunyi-bunyi lain.
Ikutlah rutin tidur tetap seberapa yang boleh, walaupun anda tidak berada di
rumah sendiri. Ini memudahkan bayi anda menjadi tenang semasa berada di
persekitaran yang tidak dikenali.
Sumber: babycenter.com
Betul.
BalasPadamSaya pun slalu biarkan die penat bermain so that malam die tido lena & x kerap sangat interrupt my sleep pattern :D