Lelaki adalah golongan yang sukar untuk
diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam
beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa
seni dan lelaki sensitif.
Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui
jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang
dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki
kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.
Lelaki Manja
ü Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy
bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy
bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah
hati. Paling kurang pun patung tweetie.
ü Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan
pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
ü Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian
berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You
Loved Me)
ü Perfume juga antara berangan yang paling disukai
oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang
yang berpanjangan.
ü Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu
membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu
sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.
Lelaki Macho
ü Lelaki macho pula sukakan pemberian yang
berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan
kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
ü Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal
berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka
suka.
ü Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
ü Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya
telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning
call!
ü Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet
pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter
longbow Apache dan sebagainya.
ü Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda
akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.
Lelaki Berjiwa Seni
ü Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik
yang mempunyai instrumental yang lembut.
ü Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang
lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak
sahaja.
ü Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun
Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
ü Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan
sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
ü Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio.
Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
ü Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu
sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I
LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.
Lelaki Aktif
ü Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang
seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
ü Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
ü Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai
untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan
melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
ü Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina
badan.
ü Seluar sukan berjenama terkenal huga antara
barangan yang mereka suka.
ü walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka
jenis ini.
Lelaki Sensitif
Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif
begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai
maksud yang tersirat.
ü Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya
suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
ü Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki
jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah
antara pemberian ung sesuai.
ü Berikan mereka madah-madah cinta untuk
membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke
anak cucu.
ü Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa
lapangya dengan membaca..
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ