Nak cari keserasian antara pasangan bukan susah jika kita faham pasangan kita... So, ni info utk wanita2 diluar sana.. kenali dan fahamilah lelaki..
1. Hidup Lelaki
Lebih Mudah
Lelaki lebih
mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami
jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi
lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,
secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,
tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki
Adalah Berlainan
Lelaki bercakap
dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar
berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini
bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.
Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka
Membisu
Wanita
berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan
sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih
suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak
Kompleks
Jika terdapat
semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita
menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang
lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi
lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks,
tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa
Lelaki
Bila wanita mendesak
lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu
yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih
baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak
melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki
Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana
wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai
masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,
adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.
Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki
Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu
bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar
kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia
mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak
Suka Dikritik
Jangan mengkritik
lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak
begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan
konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut
disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan
berjenaka dan lembut. Cara lelaki
mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu
mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki,
elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga
Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi
masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia
masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata
"Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya
tetap bersama abang .....".
10. Lelaki dan
Ego
Ramai lelaki
menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas
ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang
menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu
wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia
akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang
Paling Baik
Jadilah sahabat
yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling
baik kepada anda.
13. Lelaki Suka
Menyelerak
Lelaki bersifat
suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala
lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu,
ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu
secara tidak langsung dengan menyelerak. (Tapi ada juga lelaki lebih kemas dan pembersih dari wanita, tak semua lelaki mcm ni)
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ