GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

“Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”

Amalan yang baik diamalkan :

1. Menjaga silaturrahim
2. Sedekah walaupun sedikit yg penting ikhlas – istiqamah
3. Baca Al-Quran selalu
4. Doa – di penuhi dengan selawat ke atas nabi
5. Puasa – 2 kali seminggu puasa sunat etc Isnin & Khamis

Semua amalan di atas jika di amalkan secara istiqamah boleh mendapat keberkatan hidup juga dipanjangkan umur.

Bagi yang pregnant, amalkan makan kurma 7 biji setiap hari, pastikan takde pengawet setakat yang telah diperiksa (Prof Diraja Ungku Aziz) kurma nabi ajwa & kurma maryami… selain dari tu jika dapatkan pastikan takde pengawet boleh jer makan….

Bagi yang hendak dekat saat melahirkan makanlah 7 biji kurma rotab sahaja (tujuan nak banyakkan susu nanti ) sebelum tempoh bersalin….

Bila sudah melahirkan sebelum baby diberi susu ibu tahnidkan atau pecah mulut dulu di mulut baby kurma @ madu asli….. selepas dibersihkan sekiranya ada air zamzam boleh di mandikan dengan air zamzam…
Jika bayi yang lahir lelaki walaupun sudah diberi nama contohnyer Adam ker Daniel ker 7 hari pertama panggil dengan nama MUHAMMAD. Begitu juga dengan bayi perempuan 7 hari pertama panggil dengan nama FATIMAH.

Amalan permakanan yang baik & elok diamalkan…..

1. Gunakan garam bukit kerana kurang sodium – cth produk garam bukit Halalgel. Garam laut mengandungi banyak sodium yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang & darah tinggi. Ujian ke atas garam laut : sedikit garam laut + air panas = akan ada lapisan minyak yang terapung.

2. Buah Tin – bagus untuk mengurang pesakit yang menghadapi kencing manis kerana mengandungi fiber/serat yang tinggi.

3. Labu merah bagus untuk kesihatan kerana mengandungi anti oksiden berbanding labu kuning kerana menyebabkan angin.

4. Resipi sarapan yang bagus : campurkan labu merah + kurma + buah tin + madu + minyak zaiton + susu kambing + delima= dimasak untuk dijadikan sup / pengat / bubur. Tak bubuh semua pun takpe leh tukar2 la depends pada bahan.

5. Ikan & susu merupakan lemak yang baik akan tetapi kite tak boleh makan ikan serentak dengan susu boleh jadi asid. Jika makan ikan 2 @ 3 jam selepas itu baru boleh minum susu.

6. Sotong, kerang, siput, udang kurang elok kerana mengandungi kolesterol yang tinggi.

7. Ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli mempunyai kandungan merkuri yang tinggi yang boleh menyebabkan anak down sindrom.

8. Soya bean telah dinobatkan tidak elok untuk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Israel kerana boleh menyebabkan kanser. Kajian telah dijalankan seorang lelaki minum air soya secawan sehari dalam masa 3 bulan telah didapati kandungan sperma rosak sebanyak 50%. Selain itu, kesan jangka panjang sekiranya meminum soya boleh menyebabkan kecelaruan hormon. Contohnyer : lelaki ingin menjadi wanita & sebaliknyer. Produk soya seperti kicap, tauhu, minyak tidak bagus untuk kesihatan, akan tetapi tempe elok di makan.

9. Susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing

10. Daging yang terbaik adalah daging kambing.

11. Minyak zaiton (boleh tengok dalam surah An-Nur ayat 35) kebaikan sangat banyak antaranya boleh mengelakkan sakit jantung,semua jenis barah/kanser, kencing manis, darah tinggi, elak @ hilangkan sirih dengan amalkan dengan makan 1 sudu pagi & 1 sudu malam setiap hari. Bagi wanita yang mengalami keputihan/fibroid boleh menggunakan tampon yang telah disapu dengan minyak zaiton dimasukkan ke dalam vagina. Amalkan selama 3 hari insya-allah masalah tersebut dapat di atasi. Bagi pasangan yang telah berumahtangga, ambil dalam 2 sudu minyak zaiton, semasa ingin bersama sapukan minyak zaiton pada lelaki semasa bersama boleh mengelakkan kanser payudara & pangkal Rahim. Selain itu, minyak zaiton boleh disapukan pada luka & digunakan sebagai minyak urut. Untuk mendapat raut wajah yang cantik campurkan 3 sudu minyak zaiton + 3 sudu minyak habattus sauda sambil membaca selawat, simpan semalam, lepas tu boleh digunakan sebagai masker pada wajah, hasilnyer insya-allah wajah akan cantik.

12. Minyak zaiton merupakan minyak paling baik, boleh digunakan sebanyak 5 kali jika digunakan untuk menggoreng. Simpan dalam bekas kaca. Kedua terbaik ialah minyak kelapa kampung. Kesan menggunakan minyak kelapa boleh menurunkan kadar darah tinggi & sakit jantung. Ketiga terbaik minyak bunga matahari tapi semasa beli pastikan tengok label & pastikan 100% minyak bunga matahari sebab ada yang campur 30% minyak bunga matahari + 70% minyak sayuran di mana terdiri dari minyak kacang soya @ minyak kacang tanah… so be carefull.

13. Cili boh juga tak elok kerana mengadungi 60% bahan pengawet.

14. 7 biji kurma sehari + 2 sudu madu (1 sudu pagi & 1 sudu malam) boleh menggantikan segala multivitamin yang kita amik.. kesan multivitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit & memendekkan umur so mari kite tukar & amalkan apa yang elok.

15. Buah kurma dari US agak besar sebab mengandungi GM (Gen Modified ).

16. Minyak jagung juga kurang sebab mengandugi GM (Gen Modified ).

17. Panau boleh disebabkan cicak. Haaaaaaaa… sila pastikan bekas menyimpan garam ditutup dengan rapat jika tidak cicak akan mandi dalam garam…. Cicak sangat suka mandi dalam garam. Jaga2 yer…

18. Jika mengalami tonsil @ tirod – elakkan terus makanan berunsurkan soya.

19. Mendapatkan penglihatan yang terang, colekkan cotton bud dalam minyak zaiton & sapukan pada bawah mata seperti kite memakai celak mata. Boleh bersihkan telinga dengan minyak zaiton jugak.

20. Seeloknyer makan buah-buahan yang segar. Jika susah hati makan buah anggur. Makan buah delima jika terdengar suara halus. Leukemia makanlah buah zaiton. ** jika makan buah delima pastikan jangan buang walau seulas, boleh dikongsi, kulit buah delima mengandungi khasiat, kulitnyer dikeringkan, direbus & diminum.

21. Air Mustofa yang mengandungi zafran @ saffron boleh menjadikan daya ingatan kite luar biasa.

22. Minyak kelapa sawit kurang elok kerana mengandungi solvan yang digunakan untuk mencairkan minyak kelapa sawit yang beku seperti apa yang kite lihat seperti yang dijual. Solvan boleh menyebabkan jantung kite rosak.

23. Gamat @ mentimun laut tidak bagus kerana mengandungi merkuri yang tinggi. Baik makan atau digunakan untuk sapu cth minyak gamat sama sekali tidak elok. Sekiranya luka boleh menggunakan madu @ minyak zaitun, sapukan pada luka tersebut.

Info ni sya dapat dari internet.. tapi tak sure dari mana sbb saya buat sbg koleksi info saya, tapi ada baiknya saya kongsikan bersama.. moga ianya memberi manfaat buat semua..

Sumber: Internet

1Ulasan

  1. mane nak cari air mustofa nie ??? tak pernah dengar orang jual ..huhuh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ