Kepentingan 1 jam pertama
* Kolostrum mengandungi kesemua nutrien termasuk IgA yang diperlukan
bayi (bayi memerlukan khasiat kolostrum walaupun dalam jumlah yang
sedikit di saat kelahirannya) serta bertindak sebagai imunisasi pertama
bayi.
* Membantu menghasilkan susu yang secukupnya kepada bayi bagi keperluan penyusuan yang seterusnya.
* Tindakan refleks semasa proses penghisapan (yang amat kuat dalam
tempoh satu jam pertama selepas kelahiran) membantu bayi melekap ke
payudara dengan sempurna.
* Menghalang ibu daripada mengalami pendarahan selepas bersalin.
* Sentuhan kulit ibu dan bayi semasa proses penyusuan ibu membantu
mengekalkan suhu badan bayi terutama yang lahir pramatang dan kurang
berat lahir.
Dr. Jamiyah memetik kata-kata yang dibentangkan oleh Prof Madya Syed
Zulkifli, ‘‘Janganlah hari ini kita menangguh hasrat menyusukan bayi.
Biarpun banyak perkara boleh ditangguhkan tetapi tidak untuk anak-anak
kerana pada masa inilah tulangnya terbentuk, darahnya terhasil dan
derianya merasa.’’
Sumber: Utusan Malaysia
Penyusuan Susu Ibu: 1 Jam Pertama, Menyelamatkan 1 Juta Bayi
4/09/2012 11:37:00 PG
0
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ