Recents in Beach

PANDUAN UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI YANG BEKERJA

Happy Breastfeeding
* Bincangkan rancangan untuk menyusukan bayi sebelum mula bekerja.
Pastikan penyelia anda faham betapa pentingnya penyusuan bayi diteruskan. Ini kerana bayi yang menyusu badan kurang mendapat jangkitan penyakit dan anda mungkin kurang mengambil cuti kecemasan disebabkan bayi sakit. Anda boleh menentukan bagaimanakah jalan terbaik untuk menyesuaikan jadual penyusuan dengan jadual kerja. Saya aturkan setiap jam 3-4 petang adalah likungan waktu mengepam saya ditempat kerja.

* Bincangkan masa
Anda perlukan masa untuk mengepam payu dara anda, tegaskan bahawa anda hanya akan menggunakan masa rehat dan tidak akan mengambil masa bekerja. Jika pada kebiasaannya bekerja lapan jam, rancang masa rehat lebih kurang 15 minit untuk mengepam.

Menjarakkan waktu-waktu rehat dalam sehari dengan sekata adalah lebih baik, tetapi bukanlah terlalu kerap. Apa yang lebih penting ialah memastikan ia berterusan. Sebagai contoh, dalam masa lapan jam bekerja, pastikan berkesempatan mengepam sekurang-kurangnya dua kali - bagi memastikan produksi susu berterusan. Jika terlepas satu sesi, cuba pastikan akan melakukannya selepasnya. Mintalah pada majikan untuk menggunakan satu bilik yang berkunci dan tertutup di mana ibu-ibu yang menyusukan boleh memerah susu mereka.

* Beli pemerah anda sendiri atau sewa.
Tidak digalakkan berkongsi pemerah dengan orang lain. Secara umumnya pemerah susu elektrik adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan pemerah tangan. Pemerah berkembar adalah lebih cepat - ia membolehkan anda memerah kedua-dua belah payu dara serentak berbanding satu pemerah dan ia membantu mengekalkan penghasilan susu. Carilah satu tempat atau ruang di dalam pejabat di mana bukan sahaja dapat memerah susu, tetapi dapat menyimpan pemerah susu dan juga barang - barang lain. Saya menggunakan pam manual "Unimom Mezzo" ditempat kerja dan di rumah menggunakan pam eletrik Spectra 3... Sebabnya, di tempat kerja, saya kerja tak sampai 8 jam sehari dan hanya sekali mengepam dalam tempoh bekerja untuk mengosongkan breast dalam tempoh saya berkerja...

* Rancang cara untuk menyimpan dan menghantar susu sebaik sahaja ia diperah.
Sebagai contoh, gunakan beg kedap haba yang telah diisi dengan bungkusan penyejuk. Susu akan kekal segar dan selamat sehingga enam jam dalam suhu bilik, lapan hari jika di dalam peti sejuk, tiga bulan jika didingin beku atau enam bulan jika dibekukan.

Minta pengasuh agar tidak memberi makan bayi beberapa ketika sebelum anda datang untuk membawa pulang bayi. Dengan cara itu, anda akan dapat terus menyusukan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Bagaimanapun usaha tersebut tidak akan berjaya, sekiranya ibu itu sendiri tidak mempunyai kemahuan menyusui bayi mereka.

Jika mereka diberi cuti yang panjang sekalipun tetapi tidak mempergunakan cuti yang diberikan termasuk enggan menyusui bayi mereka, ia bukan satu tindakan bijak.Berdasarkan kepada pengalaman para ibu, hari ini ramai ibu bekerja tetapi masih boleh menyusui bayi mereka dengan adanya sokongan ahli keluarga serta majikan. Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga dan rakan2 sekerja... Alhamdulillah...

Alternatif penyusuan bayi untuk ibu bekerja
* Memberikan susu perahan kepada bayi.
* Kerja memerah boleh dilakukan menggunakan tangan atau pam yang banyak dijual di pasaran sama ada   pam manual, bateri ataupun elektrik.
* Susu itu perlu disimpan di dalam pembeku dengan suhu 20 darjah Celsius.
* Seeloknya sediakan satu ruang khas dalam pembeku untuk menyimpan susu kerana ditakuti berlaku pencemaran jika disimpan bersama barang-barang lain seperti ikan atau ayam.
* Susu beku boleh dicairkan dengan meletakkan susu tersebut di dalam rak peti sejuk semalaman dan direndam dalam air suam apabila diperlukan. Jangan panaskan dalam ketuhar atau di atas dapur.
* Susu perlu disimpan dalam kuantiti kecil, cukup untuk satu penyusuan sahaja.
* Menulis tarikh perahan pada bekas simpanan supaya susu yang paling lama dapat digunakan dahulu, simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup serta memastikan bekas simpanan tidak terlalu penuh bagi susu yang ingin dibekukan.
* Seeloknya susu mula diperah tiga minggu lebih awal dari tarikh anda akan mula bekerja supaya stok susu mencukupi.
* Apabila telah bekerja, susu boleh diperah di pejabat iaitu pada waktu-waktu yang bayi biasanya menyusu, di rumah pada waktu malam atau pun semasa menyusukan bayi iaitu dengan menyusukan bayi pada sebelah payu dara dan mengepam pada sebelah yang lain.

Tip2 di atas diperolehi dari pmbacaan pelbagai sumber dan juga sumber internet... 
If you want to share, please click share button below the entry... TQ...

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nak mintak izin ni,bleh ker anis nak share info2 penyusuan ni kat blog anis.nak buat rujukan. sekarang ni firas direct bf jer. risau jugak bulan 6 ni dah start keja.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^