GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rencah Rumahtangga Bahagia


1. Puas Hati
Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah s.w.t Maha suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah bersabda maksudnya: "Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha ( menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)". Kita sebagai hamba tidak berhak memprotes ketentuan Allah s.w.t. Apa sahaja yang datang kepada kita semuanya ada kebaikan di sisi Allah walaupun kelihatan negatif pada pandangan manusia. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menangani sesuatu itu dan dapat pula dijadikan ibadah atau saluran medapat keampunan daripadaNya.

2. Kenang Jasa, Lupakan Kejahatan.
Sejarah yang agak popular ialah apabila ada seorang lelaki ingin menemui Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a. Dia ingin mengadu tentang karenah isterinya. Sampai di halaman rumah dia terdengar suara rungutan isteri
Khalifah Umar. Dia berhasrat membatalkan niat asalnya, namun terhenti apabila dia dipanggil oleh Umar. "Ada apa urusan engkau hendak menemui aku?" tanya Saiyidina Umar. Jawab lelaki itu, "aku bercadang hendak mengadu karenah isteri aku, tetapi aku terdengar tuan pun mengalami perkara yang sama, inikan pula aku rakyat biasa". Saiyidina Umar menjelaskan, "aku tetap bersabar dan berterima kasih kepadanya kerana dia banyak berbuat baik dan berjasa. Dia menjaga anak-anak aku memasak makanan untuk aku, membersihkan pakaian aku dan membuat urusan rumah bagi pihak aku". Manakala isteri pula perlu mengenang jasa dan kebaktian suami dalam pelbagai aspek - makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perlindungan, didikan dan tunjuk ajar.

3. Perkongsian
Selain harta benda, ada aspek perkongsian yang tidak boleh diabaikan agar kehidupan suami isteri sentiasa meriah dan mesra walaupun telah meningkat usia. Perkongsian ini perlu dikekalkan hingga akhir hayat.

a. Perkongsian fitrah
Apa saja yang kita suka orang lain berbuat kepada kita, maka itu juga yang orang lain suka kita berbuat kepadanya. Oleh itu masing-masing mesti andatoleransi. Dengan sendirinya berlaku perkongsian. Maka kedua-dua pihak tidak terlalu menuntut hak masing-masing dan saling tuduh menuduh.

b. Perkongsian emosi
Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a. boleh saja mendakwa isterinya yang merungutitu tidak memahami perasaan suami. Dia juga boleh menuduh isterinya tidakwajar merungut kerana dirinya seorang khalifah yang memikul urusan umat.Dan dia juga boleh menuntut agar dirinya dilayani dan tidak perlu melayani karenah isterinya kerana dia seorang suami. Namun beliau memilih untukmenyebut kebaikan -kebaikan isterinya kerana dia sebenarnya berkongsi perasaan dengan isterinya. Beliau dapat merasakan keperitan dan kesusahan isteri. Tentulah tidak patut kegembiraan dikongsi, manakala penderitaan ditanggung sendirian. Suami tidak patut menuntut agar isteri memahami perasaannya sahaja dan begitu juga sebaliknya. Rumah tangga tidak ubahseperti pelayaran kapal di lautan. Tidak selamanya lautan tenang atau tidak selamanya bergelora. Dalam satu kapal mana mungkin tidak mengalami tenang dan gelora bersama. Ketika suami pulang dengan bahang kemarahan maka isteri letakkan dirinya sebagai air yang dingin, demikian sebaliknya. Suami keletihan dan kelesuan kerana urusan di luar rumah. Pada waktu yang sama isteri juga penat dengan urusan rumah dan anak-anak. Kalau demikian ertinya sama-sama keletihan atau sama-sama berkongsi kepenatan. Lantaran itulah Saiyidina Umar menunjukkan contoh betapa beliau memahami emosi isterinya. Suami sedia mendengar rintihan isteri dan berkongsi rasa.

c. Perkongsian jiwa
Rasulullah s.a.w masih mengenang dan menyebut nama  Khadijah walaupun isterinya sudah lama wafat. Di mana letaknya keistimewaan  Khadijah? Rasulullah s.a.w mengalami beban jiwa yang erat setelah menerima wahyu yang pertama. Bukankah baginda adalah seorang rasul yang Allah s.w.t bekalkan dengan jiwa yang kuat? Namun beban wahyu itu lebih berat berbanding kemampuan jiwanya.  Khadijah r.ha telah memberi 'input' yang besar kepada jiwa baginda sehingga baginda pulih seperti sediakala.  Khadijah yang memberi peransang, suntikan semangat dan pertolongan. Dalam konteks kehidupan Rasulullah s.a.w dan Khadijah itu tentu ada proses timbal balik yang hebat antara keduanya. Tentulah tidak dinafikan peranan Rasulullah s.a.w sebagai seorang suami dalam mendidik  Khadijah sebagai isteri. Namun ada saat-saat tertentu yang sumbangan isteri tidak dinafikan begitu sahaja terutama dalam pengisian jiwa. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa berkahwin maka dia telah melindungi separuh agamanya. Oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi." (Riwayat al-Hakim) Sabda Rasulullah ini membuktikan bahawa perkongsian jiwa itu sebenarnya memelihara sebahagian daripada agama. masing-masing sandar-menyandar, saling teguh-memperteguh, pendorong dan benteng kekuatan jiwa.

0Ulasan