div id='header-inner'>

Berpantang Lepas Bersalin... Penting Ke???

Salam... dh lama nk tulis pasal ni, tapi cm xde masa je...
Dr pak cik gugel... ;)

Berpantang lepas bersalin, ibarat satu penjara bg wanita lepas bersalin, ea lah, x leh kuar umah, xleh shopping, x jalan laju2, jalan berkepit, x leh angkat2 brg sebarangan dan yang paling fobia, xleh makan itu, xleh makan ini... Hai... segalanya TAK BOLEH!!!... aku juga melalui semua tu... tapi penting sangat ke berpantang ni... 

Sebenarnya orang2 tua dahulu amat menitik beratkan penjagaan diri wanita selepas bersalin. NI kerana, struktur badan wanita x seperti sebelum bersalin lagi sbb tu, kena jaga, berpantang, berbengkung, bertungku dan berurut. Semuanya dijaga untuk mengembalikan tenaga dalaman dan kecantikan luaran dan dalaman... 


Antara pantang larang wanita selepas bersalin dan kepentingannya:
1) Jalan Berkepit dan perlahan2:

Yang ni utk menjaga jahitan supaya x terkoyak... Lau dah terkoyak, nk jahit balik tnpa ubat bius, dah jadi 2 kali sakit... Jalan perlahan2 utk jaga rahim, sbb rahim masih kembang dan belum kembali ke bentuk asal... Lau jalan laju2, kemungkinan boleh sebbkan jatuhnya peranakan,,,

2) Elakkan duduk lama2..
Untuk elakkan sakit pinggang dan belakang... Masa meneran dan melahirkan, banyak guna tenaga, dan utk pulihkan tenaga, ibu mmg kena banyak baring dan urat belakang masih belum stabil sepenuhnya..

3) Elakkan makan-makanan sejuk dan berangin:
Makan sejuk dan berangin boleh beri kesan pada rahim... Rahim boleh mengembang dan urat2 juga boleh mengembang. Makanan sejuk seperti ais batu, boleh sbbkan sakit pada tulang... Mkanan berangin, boleh beri kesan pada kepala dan perut... Mengelakkan ibu pening dan sakit perut.

4) Elakkan memberi tekanan pada perut
Untuk menjaga rahim.. supaya x berganjak dari tempat asal.. rahim selepas bersalin tidak seperti sebelum bersalin. segalanya berubah.. sbb tu berurut dan bertungku utk jaga rahim...

Aku penah dengar dalam satu ceramah di Radio IKIM satu ketika dulu, suami wajib juga berpantang ketika isteri dalam nifas dan berpantng.. suami wajib kawal nafsu, dan banyakkn puasa sunat.. Suami juga perlu berpantang dari memakan makanan yg memberi kekuatan kepada tenaga batin lelaki, contohnya daging kambing, madu lebah dan sebagainya... 

Aku masih berpantang, hal2 mkanan sejuk dan mengelakkan makanan berangin... Sbb tu lau g umah org, biasa org hidangkan air teh dan penah aku pergi ziarah sebuah rumah, dia hidangkan kueh teow goreng, aku x makan, sbb msih berpantang... kueh teow mmg sejuk.. mak bidan yg pesan padaku, lau bihun goreng tu ok lagi lah... org tu mcm pelik je.. 

Sbenarnya, ibu2 muda zaman sekarang majoritinya kurang titik beratkan hal berpantang makanan ni. Mereka hanya berpantang sekadaar 44 hari.. selepas tu makan macam biasa... Memang x memudaratkan sebab pemakanan kita memberi kesan jangka masa panjang... So, terpulang pada individu... nak badan sihat hingga tua, nak yang terbaik utk suami, wajib jaga badan.. Aku berpantang berpada2 juga, aku hnya mengamalkan pemkanan seimbang, yang sememang aku x makan, aku x mkan lah, dan selagi boleh pantang, aku akan pantang,, kita sihat, kita jga senang, bukan utk org lain,, untuk diri sendiri juga...

Untuk ibu2 muda, selamat berpantang, berpantanglah demi kebahagiaan rumah tangga anda... saya berpantang, sbb saya pgg pada perinsip "Mencegah lebih baik dari Mengubati"

~See u again~ Wassalam....

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)