Recents in Beach

ALERGI MAKANAN/ FOOD ALLERGY


Alergi makanan kian menjadi dan merunsingkan  ibubapa dan anak-anak mereka. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun lazimnya bermula pada tahun pertama hidup seseorang. Biasanya kanak2 bebas dari alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, namun ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi terjatuh kepada mereka yang menpunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya sistem imun menyerang bakteria yang merbahaya, virus dan bahan-bahan asing dalam tubuh, sedangkan makanan dianggap tidak merbahaya. Akergi makanan terjadi apabila sistem imun tersilap dan menganggap satu kompenan makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.


Apakah tanda-tanda alergi makanan?
Tanda-tandanya termasuklah gatal, ekzema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Kebanyak reaksi adalah ringan tetapi ada juga yang boleh membawa maut.


Apakah makanan yang boleh menyebabkan alergi?
Apa jua makanan boleh namun sesetengah maknan adalah yang lebih alergenik. Termasuklah susu lembu, putih telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang, udang karang atau udang krai, dan kacang tanah. Alergi terhadap susu lembu biasanya berlaku di kalangan bayi.


Cara Mencegah Alergi
Cara yang paling baik adalah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Susu ibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber anbodi yang dikenali sebagai imunoglobulin (IgA).

Catat Ulasan

0 Ulasan