19 Januari 2018

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil | Hai, baru sempat nak story pasal balm kesayangan MF yang pernah MF share kat FB. Seminggu yang lepas, negara kita dilanda musim sejuk yang luar biasa. Bila berlaku perubahan suhu yang luar biasa, semestinya badan anak-anak kecil dan orang yang berusia akan mengalami kejutan dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan.

Keluarga MF sendiri tak terkecuali terkena tempias akibat perubahan suhu ni. Bermula dengan si kakak yang sulung.. dengan demam dan batuk serta sakit kepala. Alhamdulillah, reda demamnya selepas diberikan ubat. Ingatkan berakhir di situ, tapi tidak. Virus yang dibawa kakak dari sekolah tu rupanya berlegar dalam rumah, tambah dengan suhu lembab pula.. Akhirnya berjangkit ke adik-adik dia. Cuma, syukur Alhamdulillah tak terkena kat si baby yang baru 2 bulan tu.

Tempias tu masih terasa sampai ke MF pula... Alhamdulillah rasa reda sikit hari ni... berbanding semalam yang agak kritikal.. menggigil kot... bertungku dan berselimut... akhirnya mengalah dengan telan panadol juga.

Bila anak sakit dan tak selesa, memang diorang akan merengek... Penat juga melayan kerenah mereka. Cuaca sejuk menyebabkan anak-anak kembung dan selesema, lepas tu mula la tambah dengan batuk. Anak ketiga MF bertambah dengan asma lagi... Allahu.. dugaan sungguh..

Bila keadaan macam ni, mula la cari minyak macam-macam untuk redakan ketidakselesaan anak-anak tu. Dalam dok mencari tu, ternampak la kengkawan dok share pasal satu set balm Tasneem Naturel. Memang terpikat sebab banyak review positif pasal balm ni. Tambah dengan packaging yang sangat comel. Selain tu, Balm ni ada kelulusan KKM, takde bahan kimia dan 100% organik yang memang dijamin selamat untuk kegunaan semua lapisan umur dari bayi hingga orang dewasa.

Alhamdulillah, bila dapat je set balm ni, terus MF tunjukkan kat suami. Balm pertama MF buka ialah yang warna kegemaran MF la warna hijau iaitu Calm Time, fuhh.. wanginya bau dia.. bau EO lemon... terus suami minta sapu kat dia yang kebetulan dia tengah migrain tu.. Mmmm... Rasa fresh dan tenang katanya lepas sapu balm.

Terus MF cuba pula balm yang lain. Owhh.. ok, untuk pengetahuan korang semua, satu set balm ni ada 4 botol yang sangat comel. Dengan packaging dan warna yang super sweet, tambah dengan bau yang rasa nak makan, memang rasa sangat berbaloi dengan balm ni.

Anak-anak MF pun suka balm ni. Anak MF yang ketiga tu, cukup suka balm ni. Lepas mandi wajib sapu dia dengan balm sebab dia ada asma dan mudah batuk.. Kalau tunjuk balm lain, dia lari tak nak disapu. Tapi dengan Tasneem Naturel Balm-Cough and Flu Time, tunjuk aje botol balm, mencicit dia lari datang minta disapu... suka betul tengok dia.. Bau balm-balm ni semua memang menenangkan sebab kandungannya yang semulajadi dan menggunakan essential oil sebagai salah satu bahan utama dalam balm ini.

Ok, ini antara pengalaman MF sendiri gunaTasneem Naturel Balm ni.


Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil

4 Jenis Tasneem Naturel Balm:

Sleep Time

Anak Susah Tidur

Sleep Time Balm ini tujuannya untuk membantu memudahkan anak tidur dengan lena, membaiki kualiti tidur serta membantu anak bangun dalam mood yang ceria.

Sejak ada balm ni, rutin malam MF untuk tidurkan anak-anak, sapu balm ni di tengah belakang, pergelangan tangan, belakang telinga dan tapak kaki untuk pastikan anak-anak tidur lena dan memang lepas sapu balm ni, anak MF mudah tidur terutama anak MF yang kedua tu... Biasa dia kalau dah tidur siang payah nak tidur malam... sampai 1 pagi dia boleh berjaga lagi, tapi dengan balm ni, dia boleh tidur malam walaupun dah tidur waktu siang. Alhammdulillah.


CoughFlu Time

Anak Batuk dan Selesema

CoughFlu Time Balm ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak, melegakan asma serta mengurangkan suhu ketika anak-anak demam.

Inilah balm pembantu MF masa anak-anak demam. Sapu setiap pagi, tengah hari dan malam ... Tambah dengan suhu sejuk baru-baru ni, MF sapu je setiap masa. Sapu kat dada, belakang, tapak kaki... kurang sikit batuk bila sapu balm ni. Alhamdulillah...dengan izin Allah.


Calm Time

Atasi Anak Tantrum

Calm Time Balm digunakan untuk memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak-anak supaya diaorang rasa lebih tenang.

Balm ni bukan anak-anak MF je guna, MF dan suami pun guna juga. Bila rasa sakit kepala, penat buat kerja rumah, Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan...rasa lebih relax, tenang dan fresh...


Tummy Time

Atasi Anak Kembung Perut

Tummy Time Balm ini sesuai digunakan untuk membuang angin dalam perut dan membantu melegakan perut sebu dan kembung. Kalau ada masalah cirit birit pun boleh juga kalau nak cuba sapukan balm ini.

Bila musim sejuk, anak-anak mudah alami kembung perut kan... Inilah balm yang Mf guna untuk redakan ketidakselesaan perut anak-anak. Sapu pada perut dan tapak kaki untuk buang angin. Takdelah asyik nak merengek je.

Boleh dikatakan Tasneem Naturel Balm Set ni pembantu yang berkesan untuk mak-mak yang ada anak kecil. Memang berbaloi ada pembantu ni..

Harga Dan Packaging Tasneem Naturel Balm

Setiap jenis Tasneem Naturel Balm dijual dengan harga RM49 sekotak untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.00 sekotak untuk Sabah dan Sarawak. Packaging balm ni memang comel, serta mudah dibawa ke mana-mana.  Balm ini diletak dalam bekas botol kaca yang tebal bersaiz 18 gram berwarna lutsinar serta dilabel dengan jenis dan warna yang sangat menarik. Comel kan..

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, bolehlah hubungi:-
Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.

Hotline : 011-20964665 (Order)
010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)
Instagram : Tasneem Naturel (Offical HQ)
Facebook : Tasneem Naturel HQ
www.tasneemnaturel.com

1 ulasan:

  1. terima kasih kak atas perkongsian. moga serasi balm ni untuk kita semua. inshaaAllah. ainy follow ya.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^