GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur | TV, Gadjet dan seumpamanya adalah 'pengasuh' sementara anak-anak zaman sekarang ni...
MF sendiri pun bagi anak tengok video, YouTube gadjet dan seumpamanya dengan kawalan masa dan jenis video yang ditonton.

Tapi sebenarnya, ada masa yang perlu ibu bapa hadkan kepada anak-anak untuk menonton video atau gadjet mengikut umur mereka.

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak  Mengikut Umur


1. < 18 bulan

Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan keluarga

2. 18-24 bulan

30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada mak ayah

3. 2-5 tahun

1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah

4. Kanak-kanak di atas usia 6 tahun

Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka

tips : Saya sarankan tonton kartun Umar dan Hana di Youtube. Mesej dalam nyanyian kartun Umar dan Hana tu sangat positif untuk anak-anak kita

Sumber: telegram channel @notaTaufiqRazif

MF memang tetapkan video yang sesuai sahaja anak boleh tonton. Jika kartun di TV atau Astro, MF akan tengok dan pastikan takde unsur ganas, seksi dan memang sesuai untuk anak-anak.

Jika YouTube pula, MF download YouTube Kids untuk anak-anak. YouTube kids ni dah ditapis kandungan videonya. Takde iklan yang lucah dan mengarut tak seperti YouTube biasa. Tapi seperti biasa.. Memang ada had masa untuk tengok YouTube sebab  anak-anak ni akan leka jika terlalu asyik melayan video tu.

Selebihnya, MF akan download, masukkan dalam external hard drive Dan pendrive pasang pada TV. Tapi sebelum tu MF atau suami akan pastikan video tu memang bersesuaian untuk anak-anak. Biasanya kartun binatang sesuai untuk anak-anak kerana banyak nilai murni... Macam movie Ice Age, Madagascar dan Rio.


Apa pun, bagi MF tak salah nak kasi anak tengok TV, gadjet dan teknologi.. Asalkan kita sebagai ibu bapa kena kawal dengan tegas penggunaannya... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ