GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Kesan Asap Rokok Kepada Bayi dan Kanak-kanak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Kesan Asap Rokok Kepada Bayi dan Kanak-kanak | Di Malaysia, bilangan perokok masih meningkat walaupun telah bermacam-macam kempen dijalankan. Sumber menyatakan bahawa pada tahun 2013 peratusan perokok meningkat kepada hampir 25% dan ia adalah angka tertinggi sejak Tinjauan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006.

Buatlah kempen ke, naikkan harga ke kalau dah perokok tetap nak merokok juga... Dah jadi tabiat...

Rokok difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan... Atas alasan dan dalil, merokok memudharatkan diri dan orang lain... Tapi perokok tegar ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

Jika merokok hanya membahayakan diri orang yang merokok Takpe la juga, masalahnya merokok tu membahayakan kesihatan orang lain terutama bayi dan kanak-kanak.

Berikut adalah antara risiko yang dihidapi oleh bayi yang terdedah kepada asap rokok, walaupun bukan secara ‘direct’.

5 Kesan Asap Rokok Kepada Bayi dan Kanak-kanak

5 Kesan Asap Rokok Kepada Bayi dan Kanak-kanak

1. POTENSI KEMATIAN MENGEJUT


Seperti yang dilaporkan oleh The Health Consequence of Tobacco Use, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2. MASALAH SALURAN PERNAFASAN

Bentuk peparu kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan amat penting untuk dijaga demi mengelakkan masalah jangka masa panjang.

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,”
Jelasnya lagi, hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paruadalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

3. SERANGAN LELAH

Selain faktor genetik dan persekitaran, bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma)  jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk penyakit lelah, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan sebenarnya boleh menyebabkan serangan lelah yang amat serius.

Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%. 

4. MENJEJASKAN PERKEMBANGAN IQ ANAK

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.

5. PENYAKIT LAIN YANG SERIUS

Selain daripada masalah di atas, banyak lagi penyakit lain yang boleh dihidapi akibat kesan asap rokok.

Antaranya termasuklah jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.

Selain itu, mereka boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana kanak-kanak mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

BETULKAN MENTALITI, AMBIL PEDULI!

Kata Dr Mohd Shaiful Ehsan melalui artikelnya di Malaysian Medical Gazette, “Percaya atau tidak, kita semua adalah perokok…’Perokok ketiga’. Justeru, sila ambil peduli. Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Manakala perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Sedar atau tidak, hampir semua penghuni dunia kini adalah perokok ketiga."

Sumber: Internet 

Jadi, MF tak hairan kenapa anak kami boleh dapat penyakit batuk berpanjangan... Bukan nak tuduh, tapi kalau ikut fakta di atas... Memang betullah... Asap rokok walaupun tak secara direct ada kesan kepada kita...


ASAP rokok boleh masuk Kat dalam rumah kita juga walaupun jiran kita yang isap... Adakah patut MF berpindah rumah? Hmm... Sedang difikirkan juga bab ni... Jika untuk kesihatan, mungkin berpindah adalah lebih baik kan. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ