10 November 2017

Resepi Char Kuey Teow Daging

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Char Kuey Teow Daging | Dah lama teringin nak masam kuey teow goreng sendiri... Sebab pernah beli tapi tak menepati selera bahkan udang yang ada tu tak masak... Akhirnya kami sekeluarga kena resdung teruk... Dan ke tong sampah lah kueh teow tu...

Pagi ni, en.suami belikan bahan nak buat kueh teow goreng... Dan dia beli daging.. Sebab takut pula nak makan udang sebab resdung belum baik lagi..

Jadi, MF sediakan bahan dan suami masak.

Resepi ni memang 100% ciptaan suami MF sendiri... Tak cedok dari mana-mana resepi... Apatah lagi takde Google pun camne nak masak... Cuma sediakan bahan asas...dari pengalaman tengok orang masak kat TV..

Resepi Char Kuey Teow Daging

Resepi Char Kuey Teow Daging

Bahan-bahan :


  • Kueh teow
  • Daging yang siap direbus
  • Air rebusan daging
  • Kicap pekat
  • Kicap manis pedas (kami guna kicap Mahsuri) 
  • Cili padi yang ditumbuk
  • Air sprite
  • Cili giling
  • Kucai
  • Tauge
  • Telur
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara memasak:


  • Campurkan kicap pekat, kicap manis pedas, setengah cawan air sprite, dan cili padi yang ditumbuk. Ini resepi untuk kicap char kueh teow.

  1. Masukkan 1 sudu minyak masak.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar cili giling, 2 sudu besar campuran kicap. Gaul rata, dan biarkan masak seketika.
  3. Masukkan tauge, daging dan air rebusan daging. Gaul rata.
  4. Masukkan secekak kueh teow dan kucai. Kemudian gaul bagi serata.
  5. Lepas tu baru masukkan telur dan kacau lagi sampai serata semua bahan. Jika kering, nak berkuah tambahkan air rebusan daging. Gaul rata dan boleh dihidangkan.


Char kueh teow ni, kalau nak sedap kena masak sepinggan makan... Tak boleh masak sekali banyak terus... Kurang 'kick'...

Resepi Char Kuey Teow Daging

Memang terbaik resepi ciptaan en.suami ni... Memang hot and Spicy... Bagi yang tak makan pedas sangat, boleh kurangkan sukatan kicap...

Puas hati betul dapat makan char kueh teow resepi sendiri... Lagi puas dari makan kat kedai..

Jika ada yang nak mencuba, dipersilakan... Boleh tonton video kat bawah ni... Cara masak Char Kuey Teow Daging...



Selamat mencuba! 

5 ulasan:

  1. sedapnya.. Terasa manis ayaq daging tu

    BalasPadam
  2. Saya belum berapa mahir masak chae kuey teow, selalunya jadi kuey teow goreng he he heee. Kesiannya sampai resdung menjadi balik, kena elak daripada berlebihan makan seafood kalau tak silap saya supaya resdung dapat dikawal.

    BalasPadam
  3. Sedapnya....kalau akak suka campur kerang gak

    BalasPadam
  4. sedapnya char kuey teow tq maria share siap ada video lagi

    BalasPadam
  5. Wow. Nampak sedap ni Ummi. Bergelodak perut kita. Nanti nak try. Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^