GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Ketika Menyusukan Bayi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Amalan Ketika Menyusukan Bayi |Apa amalan yang sepatutnya ibu-ibu buat ketika menyusukan bayi. Jika dulu, biasanya ibu-ibu akan berbual dengan bayi ketika menyusukan anak, tapi zaman moden sekarang mesti ibu-ibu layari Internet semasa menyusukan bayi.

Apa kata kita tukar amalan tu kepada amalan yang lebih bermanfaat dengan mengikut amalan ibu Imam Syahirah ketika menyusukan beliau.


Amalan Ketika Menyusukan Bayi

1. Berwuduk

Menyusukan anak dalam keadaan berwudhu'.

2. Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan anak di sebelah kanan.

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Terjemahan:
(Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

3. Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri


يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Terjemahan:
Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.

4. Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Terjemahan (ayat 18):
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Terjemahan (ayat 19):
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
Terjemahan (ayat 20):
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Selain itu, digalakkan amalkan zikir dan doa untuk memperbanyakkan susu ibu.

Doa dan zikir untuk menambahkan susu:

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga anak berusia 2 tahun.

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insya Allah dengan izin Allah.. Moga Allah permudahkan dan perbanyakkan susu hingga anak berusia 2 tahun.

4. Amalkan Surah al-Hujurat dan al-Kauthar.
Elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi... Tapi jika tidak boleh saja amalkan sebaik sahaja lepas bersalin.

Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita dan anak serta diperbanyakkan susu untuk anak.

Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.

Sebaiknya dibaca dan hayati juga terjemahan ayatnya.

5. Zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan  subuh atau hembuskan pada air dan minum. Amalkan selalu.

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

InsyaAllah... Dengan amalan-amalan sebegini, Allah akan permudahkan urusan dan perjalanan penyusuan untuk anak kita.
Namun, dalam masa yang sama, kerapkan menyusu dan amalkan konsep supply and demand... Insha Allah...

Moga dengan amalan sebegini akan dapat membentuk akhlak dan akidah kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Insha Allah.


Nak mudah, install sahaja aplikasi al-Quran dalam smartphone dan bookmark ayat-ayat ini untuk kita amalkan dengan mudah.. Insha Allah..

Jom kita amalkan bersama.... 

0Ulasan