GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[REVIEW] Beli Mesin Liminate di LAZADA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


dua minggu lepas, Alhamdulillah kewangan keluarga makin stabil... tak seperti awal-awal pindah dulu... Alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada... Atas sebab itu, hilang sudah 'puasa' dari shopping online... Memang rezeki yang ada digunakan reward untuk diri sendiri dan keluarga.

Dah lama tak membeli di Lazada Malaysia... Sekali teringat, sejak tahun lepas mengidam nak membeli mesin liminate. Nak mencari kat pasaraya memang tak lah... sebab pasaraya dah makin jauh, tambah dengan masa yang terhad. Jadi, shopping online sahaja. Jadi, MF mula meng'google' aje... Sekali keluarlah beberapa senarai website yang menjual mesin liminate... Termasuk juga Lazada. MF mula buat perbandingan harga serta penilaian dari segi kualiti dan kebolehgunaan.

review mesin liminate

Setelah puas membelek.. Akhirnya tertarik untuk membeli mesin liminate di Lazada. Kat Lazada tu pun banyak sangat jenis mesin liminate... Pelbagai saiz dan harga. Jadi, akhirnya MF pilih untuk beli mesin liminate saiz A3 6 in 1... Sekali dengan tu juga, MF beli siap-siap kertas liminate dan juga ink printer HP yang memang dah lama habis. Sekali harung je kan..

Masa buat pembayaran online, ada sedikit masalah, terus hubungi Lazada dan maklumkan melalui email. Mulanya, dia balas akan ambil tindakan dalam masa 4 hari bekerja.. MF tak puas hati, MF balas email tu semula, agar mereka ambil tindakan cepat, barulah MF boleh review kat blog. Bila sebut je blogger, petang tu juga MF dapat call dari Lazada... Tindakan segera 24jam.. Nampak tak??? Itulah Kuasa Seorang Blogger... hehe..

Alhamdulillah, mereka segera bertindak, esoknya satu persatu barang sampai.. walaupun 3 barang dari Lazada, tapi dari penjual yang berbeza, jadi penghantaran tak sama...

Setelah seminggu, baru berkesempatan nak mencuba... kebetulan cuti kan semalam... Jadi, MF mula guna.. sebab dah niat lama nak buatkan flash card suku kata bahasa Melayu untuk si kakak. Salah satu langkah awal untuk mudahkan anak membaca. Jadi, gigih la juga mencari di internet flash card yang telah siap, cuma tinggal print je...

review mesin liminate

Dah jumpa, MF download dan print serta potong... susun dalam liminated paper dan sedia untuk mencuba mesin liminate yang dibeli.

review mesin liminate
Add caption

Memang tersangat puas hati...seperti yang dinyatakan dalam website Lazada tu, memang betullah...

Apa kelebihan mesin liminate jenama Soon ye ni...
> 6 in 1
> Maksimum saiz A3
> Siap ada cutter di bahagian atas dengan 3 jenis potongan, serta boleh potong serong di hujung kertas liminate
> Cepat panas, ambil masa 3-5 minit je untuk panaskan.
> Cepat liminate.

review mesin liminate
HASIL FLASH CARD YANG DILIMINATED

Pendek kata memang puas hati la dengan mesin liminate ni...

Berbaloi sangat dengan harganya... Tak mahal mana, MF beli masa offer di Lazada jadi dari harga asal RM3++ jadi RM1++ je... Jadi, puas hati sangat la... berbaloi beli...

Rasa bersemangat nak buat ABM untuk anak dan anak murid...

Kesimpulan, rate yang MF boleh bagi:
Perkhidmatan: 4/5
Kualiti barang: 4.5/5
Khidmat pelanggan 4/5





5Ulasan

  1. salam ! wah berbaloi baloi , jimat dah tak payah beli flash kad dekat kedai

    BalasPadam
  2. good idea ni, MF.
    aida x pernah terfikir nak beli laminate machine gini.
    terbaik.

    BalasPadam
  3. Kathy dah beli jugak sis.. harap2 ianya dpt berkhidmat dgn baik baik...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ