GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Raya: Tema Warna Baju Raya 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Memilih Warna Blok

Tema Warna Baju Raya 2015!... agak-agaknya warna apa jadi pilihan tahun ni... Selepas diperhatikan.. rupanya warna tema raya tahun 2015 adalah warna biru...ramai kawan MF berwarna biru tahun ni... Biru warna yang menenangkan dan antara warna yang boleh dikombinasikan dengan banyak warna untuk menghasilkan warna blok yang menarik. Antaranya biru-pink, biru-kuning, biru turqouise-hijau emerand, biru-jingga, biru-ungu, biru-hitam, biru-putih, biru-merah. 

Kebanyakkannya memang pakai biru tahun ni.. kebiruan je tengok timeline facebook selepas raya.

Tema kami warna biru Copnhagn, adik kakak pula biru Surfside

Sumber: Google images

Tema keluarga kecil kami tahun ni: juga warna biru. warna ni dipilih sebelum masuk Ramadhan. baju raya pun dibeli sebelum puasa lagi... waktu orang sibuk pilih baju raya, baju raya kami dah get ready dah..  memula nak pilih eletrik blue, tapi susah nak dapat dress MF warna tu... kalau ada pun mungkin mahal. Jadi pilih baju anak-anak dan suami dulu, akhir sekali baru pilih baju MF. 

Persiapan dan bajet kami tahun sama je macam tahun-tahun lepas... setiap baju bajet bawah RM50 je. Kasut adik kakak bajet dua pasang RM50 dan kasut kami suami isteri guna dan pakai yang mana ada je... Shawl buat sendiri.. beli kain je.. Dapat jimat banyak juga tahun ni... Bajet yang sederhana je.. 

Nampak ceria masing-masing dengan tema biru di wall fb.. macam-macam biru ada,,, kebetulan juga warna tema kami sama pula dengan keluarga kakak suami a.k.a kakak ipar... hehe.. cuma raya je lain-lain... kalau tak memang sedondon la nampak gayanya... 

Alhamdulillah... baju raya cukup sepasang je pada raya pertama, sebagai mengambil pahala sunat berbaju cantik di hari raya, sebab raya kedua dah sunat puasa enam kan... Jadi, cukuplah seadanya... Makin dewasa, raya bermakna untuk anak-anak je.. kita dah dewasa.. cuma tersenyum melihat wajah anak-anak ceria dan wajah gembira ibu ayah melihat anak-anak pulang beraya... itulah nikmat raya... silaturrahim yang terpelihara... hingga ke syurga...

Apa tema raya anda sekeluarga tahun ni.. mesti meriah kan... pasti fesyen terkini lagi.. hehe.. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ