GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adab Menjadi Tetamu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adab Menjadi Tetamu! | Bulan Syawal ni, ramai yang hidupkan kembali amalan ziarah menziarahi. Alhamdulillah, satu amalan yang mulia dan dituntut dalam Islam. Walau bagaimanapun, Adakah kita menjaga adab kita sebagai tetamu? Adakah kita mendidik anak-anak kita menjadi tetamu yang beradab. Ada beberapa adab kita sebagai tetamu, menurut hadis Rasulullah s.a.w:

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah." [Riwayat:  At-Tabrani]

Adab Menjadi Tetamu!

Huraian Hadith: 
  1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
  2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
  3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:
    • Memberi salam terlebih dahulu
    • Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
    • Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
    • Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
    • Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
    • Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
  4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya. 
Sumber: JAKIM


Ini antara adab yang dianjurkan dalam Islam. Banyak lagi adab lain seperti, tidak mengumpat, tidak bertanyakan soalan sensitif, ajar anak beradab di rumah orang. Tegur dan kawal anak sendiri..jangan sampai tuan rumah tarik muka. Adab-adab ini jika kita jaga..insha Allah..ukhwa terpelihara.

3Ulasan

  1. alhamdulillah setakat pegi beraya ni, semua tuan rumah memang ada kat luar rumah masa kami sampai. nak tambah 1 lagi adab, jgn jadi anti-social. hehe

    MF dah sihat ke?

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya kak. :)
    Salam ziarah. Tapi ziarah di alam maya je la. Hehehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..adat sebagai tetamu sejak raya ni diamalkan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ