GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengalaman Daftar Domain di NetKL dan Setup Domain Blog!

Pengalaman Daftar Domain di NetKL dan Setup Domain Blog! | Alhamdulillah... impian nak menggunakan nama sendiri dalam berblog tercapai... Kenapa MF nak ada domain sendiri... Insha Allah, lepas ni MF akan lebih serius dan bergiat aktif di alam maya dalam menyampaikan ilmu di dunia blog... walaupun tak dikenali di alam nyata, cukuplah jika ada yang kenali blog ini di alam maya... Alhamdulillah, dengan izin Allah dan restu suami MF sendiri MF berjaya sewa beli domain sendiri... 

Sebelum buat keputusan ni, MF bincang dengan suami juga.. asalnya nak buat untuk blog bisnes suami sahaja... tapi, lepas minta izin, suami benarkan MF tukar blog ni juga... dan sebelum tu pun MF dah survey juga beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa domain dan hosting ni... Sekali, ramai review pasal NetKL.. Jadi, MF terus berurusan dengan NetKL. Lagipun NetKL menyediakan domain yang murah... 

Pengalaman Daftar Domain di NetKL dan Setup Domain Blog!
Pada 19 Disember, tengah hari waktu tu... MF terus buat urusan jual beli... untuk sewa dua domain..tapi akaun lain-lain... MF hanya sewa domain, hosting tetap guna blogspot... sebab malas nak setup... banyak kerja lain pula nanti... Lepas je beli, MF hantar bukti pembayaran online... Dalam 10 minit macam tu, urusan selesai... Mereka terima bayaran... dan lepas 15 minit, email seterusnya menyusul.. mengatakan pihak NetKL dah aktifkan domain MF beli tu... Alhamdulillah... cepatnya...

Lepas je aktif, MF terus cari tutorial untuk setupkan domain ni dalam blogspot... Memang MF ikut je tutorial... buat dengan teliti juga lah.. dan akhirnya... Jam 3 petang MF dapat siapkan setup domain untuk kedua-dua blog... 

Blog Truly Love: http://www.mariafirdz.com/
Blog bisnes kami: http://www.homemadesticker.com/


 

Memang cepat dan mudah berurusan dengan NetKL... sewa pun murah je... RM35 setahun untuk sewa domain... kalau bagi yang tak reti nak setupkan bayar RM3 untuk diorang setupkan.. tapi bila tengok tutorial tak susah mana pun... kejap je buat tu... tapi memang mudah berurusan dengan NetKL... tak perlu nak tunggu lama... 

Alhamdulillah selesai suda bab domain.. sekarang ni nak maintainkan update blog la pula.. sebab data dalam alexa pun dah hilang... memang nak kena naikkan balik.. mcam baru mula berblog pula gayanya... 

Terima kasih buat suami MF yang sentiasa beri sokongan untuk MF kongsi ilmu di blog ini.. terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah-Mu... 

11Ulasan

  1. Follower 1679#
    berpatutan jugaklah ek hrga untuk daftar domain tu... apa keistimewaan ia kak?

    BalasPadam
  2. tengah bercadang nak beli domain nama sendiri jugak.. =)

    BalasPadam
  3. senang kann buat domain guna netkl ni....isi itu ini....bayar...then siap.... ^^ welcome to the club

    BalasPadam
  4. tahniah..semoga terus succes dengan blog ni..Ada blog guna nama sendiri lagi best;..kan??

    BalasPadam
  5. Zarith pon berniat nak tukar domain lepas ni. Inshaa Allah awal bulan depan kalau takde aral. Masih survey yang mana murah. Terima kasih banyak ye bg info ni =) Yang termurah buat masa ni =)

    Jom join GiveAway by ibu Zarith. Hadiah berupa 1 gram Emas dan berakhir pada 31 December 2014 =)

    BalasPadam
  6. wahh..tahniah dah berdomain sendiri.. moga terus maju jaya dalam dunia blogging... :)

    BalasPadam
  7. Tahniah MF...best kan bila dapa guna nama domain sendiri.. :) Tahniahhh sekali lagi..

    BalasPadam
  8. wah dah melangkah setapak lagi cikgu, tahniah ye
    saya antara yang akan terus menyokong

    BalasPadam
  9. Moga saya menyusul jejak sis plak pasni. Aminnn...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ