28 Januari 2014

Hukum Simpan Tali Pusat Bayi

Kebiasaan amalan kita masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang tanggal akan disimpan elok-elok kan... 

Alhamdulillah... Bila dah dewasa, makin belajar dan terus belajar sesuatu yang baru... Rupanya amalan masyarakat Melayu yang kita amalkan sejak sekian lama itu adalah amalan khurafat yang tiada dalam amalan hukum Islam... 
Screen capture dari Buku Fiqh Wanita...
Klik untuk paparan jelas...
Menurut buku Fiqh Wanita yang aku baca, hukum menyimpan tali pusat harus sahaja itu pun sekiranya tujuan menyimpan tu tiada kena mengena dengan amalan Melayu lama seperti, simpan tali pusat adik beradik untuk elakkan bergaduh, ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh bolwh rendam tali pusat tu dan bagi minum... Ini adalah amalan khurafat yang boleh menjejaskan aqidah Islam...

Di dalam Islam, diSUNATkan menanam talu pusat yang jatuh di tempat yang baik, yang jauh dari gangguan binatang buas. Cara menanamnya pula adalah tidaklah seperti menanam uri, sebab tali pusat tu dah kering, maka boleh ditanam begitu sahaja asalkan tempat yg baik dan tiada gangguan binatang buas... 

Jadi, selama ni kita memegang kepada hukun dan amalan yang salah... Oleh itu, wajar kita perbetulkan bila dah tahu kan... Nak simpan boleh, mungkin nak jadikan kenangan ke,tapi jangan percaya seperti kepercayaan orang dulu-dulu tu, boleh menjejaskan aqidah Islam.. NAUZUBILLAH...

Entry autopublish

24 ulasan:

  1. yer, ada jugak mama terdengar tentang simpan, rendam bagi anak minum ni.. mama rasa tak releven.. hihi

    BalasPadam
  2. Baru ku tahu. Thanks for the info.

    BalasPadam
  3. Ayu pun simpan...but sbb mana2 kepercayaan..just utk kenangan.

    BalasPadam
  4. Nurul simpan tali pusat anak2.. untuk kenangan aje an tunjukkan kat dorang.. macam takjub je dorang nampak.. haha.. memang ade dengar pasal nak bagi minum kalau gaduh adik-beradik tp takkan buat kot camtu.. kan kotor, takut lain plak jadinye, berpenyakit. adehh

    BalasPadam
  5. akak pun masih simpan..saja nak buat kenangan je tak de tujuan lain...rasanya nak tanam sajalah nnt

    BalasPadam
  6. Betul.....mmg pernah dengar pasal petua org tua tua tu....
    Tq share yeh MF

    BalasPadam
  7. dua2 anak sy simpan tali pusat dia. takde niat apa2 pon cuma sayang sbb itulah kenangan masa mereka baru dilahirkan :)

    BalasPadam
  8. perkongsian menarik.. ada juga rupanya yang buat macam ni ya

    BalasPadam
  9. Semoga kita semua dijauhi dari sifat2 yg menyesatkan.. aamiin..

    BalasPadam
  10. sememang kita semua patut ambil berat hal2 begini walaupun nampak remeh...

    BalasPadam
  11. Tq dear...saya ad 2 tali pusat anak yg blom ditanam.ikt gerak hati nk tanam tapi ikut cakap org tua suruh simpan.baca entry awak..lepas ni terus tanam la

    BalasPadam
  12. Simpan xpa jgn percaya bnda2 karut mcm nk rendam tali pusat elak brgadoh bagai 2.. juz kenangan xsalah pun.. bkn tali pusat ja kurafat kalau kita mngamal n percaya bnda2 karut tp tangkal pun sama la..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Ty atas maklumat ni.. Sy simpan utk kenang2an shj.. Nak tnjuk kt bdk2 tu bile diowg bsr nnti... :)

    BalasPadam
  14. anak first dlu ade simpan..just tuk kenangan tp dh buang pun sbb semut

    BalasPadam
  15. good info.
    ada juga simpn..
    xde tujuan

    BalasPadam
  16. rendam dan minum? hishhh tak sanggup rasanya. Tali pusat tu bila disimpan terlalu lama ia akan mula reput dan jadi serbuk sikit demi sikit. Nak simpan saje2 bolehla, nak percaya atau harapkan sesuatu itu memang di larang.

    Thanks for sharing dear :))

    BalasPadam
  17. Sy pun simpan jgk tali pusat dua2 anak, letak dlm bekas tuam anak campur dgn lada hitam. Sbb family in law punya amalan mcm tu. Siap suruh tanda mana satu abg punya n adik punya. Sbb nnti klw sakit bg minum air pusat sendiri. Klw tak tanda takut tertukar. Tp sy senyap2 je masukkan adik punya, tak tanda pun tp bgtau dh tanda. Nk jaga hati punya pasal. Tak tergamak nk bg dorg minum kalau sakit ke apa. Geli kot. Tp nk bgtau tu khurafat, mesti kecik hati org tua. Dilema betul bila family in law byk percaya karut ni..

    BalasPadam
  18. peringatan yg terbaik! benda penting memg harus diberitahu. thanks!

    BalasPadam
  19. Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

    BalasPadam
  20. akak pun ada simpan tp dah pindah randah hilang. br tahu pasal simpan tali pusat klu anak gaduh rebus air dan bg munim... hehehe... tak pernah dgr sebelum ni. kolot gak saya. tp bila fikir pasal adat tu back tu Al Quran n sunnah da tak... betul la sis klu percaya itu khurafat. kena hati2 juga petua adat org melayu lama ni.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^