بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara simpan duit gaji setiap bulan | Gaji adalah salah satu cabang rezeki dari Allah. Alhamdulillah, orang yang bergaji tetap ni perlu rasa syukur sebab setiap bulan Allah dah tetapkan rezeki baginya melalui gaji.
Dengan keadaan ekonomi sekarang, pasti kita risaukan kita boleh ke hidup dengan gaji yang kecil?
Sebenarnya, besar atau kecil gaji bukan isu... tapi kalau pandai mengurus, insha Allah cukup je gaji sebulan ... bahkan boleh lagi menyimpan.
Mungkin ada kata, kau gaji 3 4 ribu sebulan aku gaji paling basir RM1500 je... mana mungkin boleh menyimpan.
Pernah dengar tak kata pepatah Melayu, "Makin besar periuk, besar jugalah kerasnya."
Pepatah tu nak membuktikan... makin besar gaji seseorang, makin tinggi juga kehendak dan keperluan.
Jadi, tips yang saya nak kongsi ni adalah dari pengalaman sendiri juga... bagaimana nak cukupkan gaji bulanan walaupun ada komitmen yang tinggi.
1. Syukur dan doa.
Ini pesanan mak MF, sejak mula MF kerja. Ajar diri untuk bersyukur setiap kali gaji tak kira banyak atau sikit. Kemudian, doa moga Allah berkati rezeki gaji yang Allah berikan.
Sebagai orang Islam, wajib syukur dengan gaji yang ada. Sebab dengan syukur Allah akan cukupkan rezeki kita.
Pantang larang paling utama dalam bab rezeki dan duit... jangan pernah merungut dan cakap " Takde duit". Itu pula pesan bapa MF... cakap je.. insya Allah... ada duit...
Alhamdulillah... akan ada je duit tu Allah akan berikan... yakin dengan Allah.
2. Bahagikan gaji
Bahagikan gaji ikut keperluan dan kehendak yang paling akhir. Kalau cara MF pula... pertama kali dapat gaji... atau awal pagi hari gaji, MF akan sedekah...
Sedekah yang utama ialah kepada kaum kerabat kita. Iaitu paling utama... bagi duit pada ibu bapa kita... peruntukan berapa yang kita boleh bagi.
Kemudian, Bahagikan gaji kepada keperluan untuk bayar hutang tetap seperti hutang kereta, sewa rumah dan sebagainya.
3. Tahan kehendak
Ini MF selalu buat. Tahan kehendak kita... macam mana nak tahan? Jangan mudah terpengaruh dengan benda Viral. Tahan diri dan scroll Media Sosial Untuk elakkan kita terjebak.
Amalkan Teknik 30 hari untuk item yang mahal seperti TV, Handphone, Perabot, Laptop. Teknik ini ialah dengan menahan diri membeli sesuatu item selama 30 hari. Sekiranya tak sampai 30 hari dah lupa tentang item yang nak beli, bermaksudnya kota tak perlukan pun item itu. Teknik ini sangat power dan mampu menjimatkan banyak duit kita.
Amalkan Teknik 30 saat. Sama seperti teknik Teknik 30 hari cuma teknik ini lebih sesuai apabila nampak sesuatu ketika membeli-belah di supermarket. Selepas 30 saat selepas pergi ke seksyen lain dalam supermarket, sekiranya dah lupa dengan barang korang tengok tu dalam masa 30 saat maksudnya korang tidak perlukan item itu. Jangan nampak je terus ambil... tu yang terlebih bajet.
4. Jangan tambah hutang
Ini pantang larang. Sebenarnya, kita boleh uruskan duit gaji kita kalau tahu uruskan kehendak dan keperluan. Kalau hidup bujang... fikirkan perlu kah beli kereta dengan berhutang kalau Sebenarnya boleh je pergi kerja dengan kenderaan lain yang ada.
Bukan sahaja bab kenderaan, tapi elakkan juga berhutang dalam perbelanjaan contohnya ShopeePayLater. Bahaya sangat. MF pun ada dapat... tapi gunakan jika perlu sahaja. Takut nak guna sewenang nya sebab takut tak terbayar.
Jadi, buatlah kira-kira kalau nak berhutang atau tambah hutang. Contoh terpaksa beli satu keperluan... buatlah kira-kira dulu. Contoh terpaksa beli kereta. Kira komitmen yang ada. Agak ada lebihan.. fikirkan jenis kereta yang sesuai. Jangan fikirkan kereta yang kita minat je... tapi biar sepadan dengan gaji. Barulah tak terbeban.
5. Cari pendapatan pasif
Zaman sekarang nak tak nak kena cari income lebih. Kalau badan masih sihat dan muda, tak apa buat kerja lebih sikit... asalkan ada duit simpanan. Yang ada anak dua tiga pun buat dua tiga kerja.
Banyak je kerja dan peluang kerja... nak dengan tak nak je Sebenarnya. Masa muda jangan rasa selesa sangat dengan pendapatan gaji yang ada kalau rasa nak hidup senang di masa hadapan... kena ada wawasan diri untuk tingkatan kualiti diri.
Inilah tip yang boleh MF kongsikan... sebab ini antara cara simpan duit gaji setiap bulan yang boleh diamalkan oleh semua orang yang makan gaji... tak kira lah gaji besar atau gaji kecil... boleh amalkan tips ni...
Banyak lagi tips-tips lain... dan kalau nak dapatkan tips dan idea menabung boleh baca entry ni:
Semoga bermanfaat....
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
sy nak tinggalkan komen. betul kak. lagi tinggi gaji lagi mengada nak tambah komitmen.
BalasPadamno 1 tu sy buat. tp sy tak tahu keadaannya. adakah sy benar2 bersyukur dengan penuh ikhlas atau sekadar melafazkan syukur.
no 2 sy memang failed. HAHAH. sy taktahu macammana nak bahagi gaji. lepas je sy dapat gaji, sy bayar komitmen. adalah tinggi dalam berapa ratus. anggaran dalam 400 ke 500 (mungkin)
no 3 sy boleh tahan kehendak. tp sy tak boleh bila orang kata "boleh tak nak try kasut ni sekejap". dalam keadaan bank cuma tinggi 100. sy akan belikan kasut tersebut dengan harga rm60 - rm70. tinggalkan rm30 sahaja. sy tak mampu nak cakap "tak boleh". sbb org yg nak tengok2 kasut tu tahu wang saya tinggal berapa. dia pula jenis tak berkira dgn saya. dia xpernah menolak apa keinginan saya. untuk saya menolak kehendak dia, tak boleh. rasa bersalah.
no 4 sy okay.
no 5 sy nak kerja partime. tp suami tidak membenarkan. katanya xcukup wang tak apa. asalkan badan dpt rehat dan dapat luangkan masa bersama keluarga.
begitulah saya HAHAH. terima kasih kak baca. saja luahkan perasa
an.