Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan

12
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan | Memakai pelitup muka atau “mask” sudah menjadi norma baru bagi masyarakat dunia hari ni, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 
Jika dulu, hanya sesetengah orang sahaja yang pakai mask dan para kakitangan kesihatan sahaja yang pakai pelitup muka, sekarang semua orang pakai. Sebab dah jadi rutin dan ianya salah satu cara mencegah penyakit Covid-19.

Sebenarnya, sebelum wujudnya penyakit Covid-19 ni, di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kesihatan telah menyediakan pelitup muka ni di kaunter bagi yang bergejala seperti batuk dan selesema untuk mengelakkan dari berjangkit dengan orang lain. 

Jadi, bukan sesuatu yang pelik dan asing sebenarnya pakai pelitup muka untuk elak penyakit ni. Cuma kita tak biasa pakai kan sebelum ni. 

Tapi sejak Covid-19 kita kena biasakan pakai sebagai langkah pencegahan. 

Walau bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang degil, tak nak pakai pelitup muka dengan pelbagai alasan. 
Namun, satu perkara yang MF terkejut bila terbaca satu komen di Facebook,

“Pelitup muka boleh menyebabkan oksigen kurang ke otak, 
dan boleh juga menyebabkan kanser”

Komen sebegitu memang mengejutkan. 

Jadi, MF buat carian dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, benarkah dakwaan itu?

Mitos tentang pelitup muka

Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan


Rupanyanya dakwaan ini, adalah hasil bacaan artikel yang pernah tular, mengatakan memakai pelitup muka boleh menyebabkan Pneumonia.

Tulisan sebuah artikel oleh John C.A Manley pula baru-baru ini bertajuk “Medical Doctor Warns that “Bacterial Pneumonias Are on the Rise” from Mask Wearing” menimbulkan rasa bimbang apabila Dr James Meehan melaporkan beliau mendapati kes ruam dimuka akibat jangkitan bakteria dan fungus disamping kes pneumonia telah meningkat . Artikel ni yang tular menyebabkan orang lain panik.

Tapi artikel ni disangkal oleh seorang doktor yang lain. 

Dr Rossana Rosa di dalam penulisannya berpendapat pemakaian pelitup mengakibatkan pneumonia adalah mitos. Katanya penyebab pneumonia sebahagian besar disebabkan apabila manusia menghirup udara yang tercemar dengan virus, bakteria mahupun fungus. Kuman tersebut seterusnya masuk ke dalam tisu paru-paru yang mengakibatkan pneumonia. Oleh itu semasa kita sihat, apabila kita memakai pelitup muka, udara “sihat” yang kita sedut kembali setelah kita hembus tidak memungkinkan terjadinya pneumonia.

Tulisan Dr Rossana Rosa disokong oleh Dr Anne Monroe yang merupakan pakar epidemiologi di George Washington University’s Milken Institute School of Public Health dan juga disokong oleh seorang doktor pakar pakar penyakit berjangkit di Boston University  iaitu Dr Davidson Hamer.

Kajian yang dilakukan oleh Dr Chiu NC contohnya telah membuktikan di dalam artikel yang telah diterbitkan oleh Journal Of Medical Internet Research pada Ogos 2020 bahawa pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kebersihan tangan berkesan menurunkan kadar jangkitan paru-paru. 

Ada juga orang kata  pemakaian pelitup muka yang dikhabar boleh menjejaskan kesihatan seperti rosak tisu paru paru dan keadaan dipanggil “hypercapnia” dimana situasi tersebut menyebabkan pemakainya mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi di dalam darah akibat penyedutan balik udara yang dihembus. Ini adalah tak besar sama sekali. 

Sebenarnya, pelitup muka memang terbukti boleh mencegah penyakit berjangkit akibat dari batuk dan selesema sama ada yang dibawa oleh virus Covid-19 atau virus-virus lain, namun mestilah pakai dan urus dengan cara yang betul. 

Cara pakai pelitup muka yang betul

Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan


Untuk Pelitup Muka pakai buang surgikal:

  1. Pemakaian maximum 8 jam sehari; jangan guna semula.
  2. Buang/ganti dengan yang baru sekiranya basah, koyak, atau kotor. Tak perlu nak tunggu sampai 8 jam la kan kalau dah basah, berpeluh atau jatuh kat lantai/jalan.
  3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.
  4. Jangan kongsi pelitup muka terpakai.
  5. Putuskan tali pelitup muka ketika buang.

Untuk Pelitup Muka Fabrik

1. Cuci sekali sehari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Rendam dulu dengan Dettol atau pencuci fabrik... kemudian baru cuci macam biasa. 
2. Jangan kongsi pelitup muka.
3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.

Pelitup muka boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan

Itu cara pakai dan urus pelitup muka. Kalau tak ikut dan tak patuh itu yang boleh bagi kesan kepada kesihatan. Ini adalah kerana pelitup muka tersebut boleh tercemar dan akan memberi risiko jangkitan kepada orang yang pakai dan juga orang sekeliling. 

Contohnya jika si pemakai bersin ketika memakai pelitup muka, kebaikannya adalah orang yang berdekatan terlindung kerana bersin itu terperangkap dalam pelitup muka si pemakai. Tapi, bahayanya adalah kalau si pemakai menyambung untuk memakai pelitup muka ini lebih dari 8 jam, risiko untuk si pemakai mendapat jangkitan kuman adalah tinggi.

Satu lagi cara yang salah ketika pakai pelitup muka,  membuka pelitup muka (walaupun sekejap sahaja) dan meletaknya di atas permukaan yang berhabuk, kotor dan kemudian memakai nya semula, risiko tingkahlaku tersebut untuk mendapat jangkitan penyakit adalah tinggi. Apatah lagi sekiranya pelitup muka didapati basah dari luar atau dalam, tetapi si pemakai rasakan ianya tidak kotor atau koyak atau baru sahaja pakai tak sampai 8 jam, ni juga adalah amalan yang boleh menjejaskan kesihatan.




Pakai pelitup muka dengan betul

Memastikan pemakaian arah lapisan pelitup muka yang betul juga penting. Kita perlu sentiasa beringat bahawa arah lapisan pelitup muka yang mana sewaktu membuka dan memakainya semula. Ini adalah kerana sekiranya arahnya salah, bahagian luar akan terkena hidung dan mulut dan sekiranya pelitup muka itu tercemar, maka jangkitan akan terjadi di muka dan kuman boleh masuk ke paru-paru semasa kita menarik nafas. Amat penting untuk kita membasuh atau sanitasi tangan sebelum dan selepas memegang pelitup muka.

Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan

Putuskan tali pelitup muka

Ini bertujuan untuk:
  1. mengelakkan daripada ianya diambil oleh individu lain yang kemudiannya memakainya semula atau lebih teruk, menjualnya kembali. 
  2. mengelakkan binatang seperti burung, ikan dan penyu terseksa atau boleh mati akibat terjerat dengan pelitup muka, disebabkan “hanyutan” pelitup muka yang dibuang ke sungai dan laut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Jadi, sebenarnya nak pakai pelitup muka kena tau cara dia, kalau salah cara itu yang memudharatkan. 

Setakat ni, memakai pelitup muka tak menyebabkan sesak nafas atau kekurangan oksigen ke apa. Tambah-tambah MF sendiri ada asma, Alhamdulillah tak risau dan tak lemas, bahkan rasa lebih selamat bila berhadapan dengan orang ramai. 

Kalau dulu orang batuk, kita mengelak, sekarang dah pakai mask kan, rasa lebih selamat. 

Pilih pelitup muka yang sesuai

Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan

Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan


Sekarang ni banyak jenis dan patern pelitup muka. Pilih lah yang mana bersesuian dengan kita. Macam MF sendiri, dulu pakai yang jenis 3ply tu je... Lepas tu try yang jenis fabrik, tapi tak sesuai pula rasa lemas dan rimas. Beli tapi tak guna pun. 

Lepas tu keluar pula jenis korea design... Cuba pakai yang tu, Alhamdulillah serasi pakai mask K94 Korea style tu... 

Tak ketat dan tak longgar, bahkan selesa juga waktu mengajar dalam kelas. Bercakap banyak ketika mengajar pun tak rasa lemas. 

Jadi, kita tahu yang mana sesuai dengan kita, jadi pilih lah yang bersesuaian dengan kita dan pakai biar selesa. 

Tak guna ikut trend dan cantik tapi takde fungsi dan tak selesa ye tak. 

Kenapa pakai mask kes tak turun?

MF ada terbaca post persoalan ni... Sebab trend yang sekarang ni kan... Kes makin mencanak naik kan... 

Padahal dah pakai mask dah kan.. kenapa kes tak turun. 

Sebenarnya, pakai pelitup muka sahaja tanpa mengamalkan SOP yang lain memang tak bagi kesan apa. 

Syarat untuk cegah penyebaran virus Covid ni:
1. Pakai pelitup muka
2. Jaga jarak
3. Jangan bersentuhan
4. Sentiasa basuh tangan atau pakai hand sanitizer.
5. Doa
6. Amalkan semua di atas. 

Itu syarat dia.. macam kita nak wuduk.. ada syarat dia kan.. kalau tak cukup syarat tak sah kan... 

Camtu gak nak cegah penyakit... Kena patuh syarat dia.. kalau buat salah satu tapi yang lain tinggal takde makna.. 

Dan penyakit ni pun dalam kelompok masyarakat.. kita buat tapi orang lain sambil lewa tu jadinya kes mencanak. 

Tu belum kes tak patuh kuarantin lagi.. lagilah cepat virus tu merebak... 

Info pasal ni banyak sangat.. tapi tak ramai ambil tahu sebenarnya kan ... 


Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan


Usaha kita

Memakai pelitup muka adalah usaha kita sahaja, selebihnya kita doa dan tawakal kepada yang Maha Esa. 

Ibarat kata, nak elakkan kemalangan teruk pakai tali pinggang keledar, kalau kemalangan pun tak teruk bahkan insha Allah selamat. 

So, pelitup muka tak memberi kesan negatif kepada pemakainya kalau kita uruskan dan ikut cara yang betul. Insha Allah. 
Semoga bermanfaat. 




Rujukan : 
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/pakai-pelitup-muka-memudaratkan-kesihatan-2/
Sumber infografik: portal MyHealth

Catat Ulasan

12 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. yong pun selesa pakai headloop kf94 tu..so far alhamdulillah ok ja jenis fabrik pon,yg shaklee punya.ada juga kawan pakai jadi berjerawat,so dia pakai jenis kain ja

    BalasPadam
  2. antara pelitup muka fabrik dengan yang biasa, lebih suka pakai yang biasa tu dari fabrik.Sebab bila pakai fabrik rasa lemas

    BalasPadam
  3. Bersin pun kiter tutup dgn tangann jadi sebenarnya pelitup muka tu penting

    BalasPadam
  4. Tu la kadang org suka tularkan perkara tak betul kan? Actually pakai pelitup muka mmg bagus pulak2 zaman covid ni. Diaorang pun sebelum laksanakan mesti dah buat kajian kan

    BalasPadam
  5. part tak boleh lebih 8 jam tu ada yang payah nak ikut.. dulu la.. sekarang ni bila mask dijual lebih murah rasanya kurang ada orang yang pakai lebih dari 8 jam.. tetiba terfikir kalau yang tak mampu macamanalah kan..

    BalasPadam
  6. Jgn sembarang je beli mask ni, kang tak pasal pasal berjangkit covid

    BalasPadam
  7. Sayangnya masih ramai juga yang susah nak praktik cara pakai pelitup muka dengan betul. Siap boleh sharing is caring lagi. Tak pun lepas pakai tu, boleh simpan dan pakai lagi sampai keesokan hari.

    BalasPadam
  8. Bagi rina, lagi suka pakai mask ni, sebab ada lapisan tapisan yang ada fungsinya. cuma kalau orang kata kurang oksigen tu maksudnya payah nak bernafas tu rina tak setuju, sebab pakai mask lagi mudah bernafas berbanding purdah hehe. ni pengalaman.

    Cumanya utk kesihatan dan kebaikan lebih baik kita pakai dengan cara yang betul mcm yg dikongskan kat artikel ni.

    BalasPadam
  9. Saya pun prefer yg Korea mask tu, lebih selesa dan mudah bernafas.
    Betullah ulas doktor tu, pelitup muka bukan penyebab pneumonia. Setuju sgt.
    Muka breakout guna pelitup muka tu maybe la jenis kulit sensitif atau tak jaga kebersihan kulit dan x ganti mask spt yg disarankan.
    So bila kena pakai mask, kulit muka jadi lagi teruk teruk. Just my two cents je lah.
    So lepas ni korang make sure haha kulit muka and tukar mask spt yg disarankan.

    BalasPadam
  10. Betul, bagus sebenarnya pakai mask ni. Kalau Atul sejak pakai mask ni, rasa terlindung sangat dari habuk jalan, debut semua tu.

    Apa yang penting wajib jaga kebersihan, kerap tukar mask, insyaAllah baik-baik semuanya

    BalasPadam
  11. Ada kebaikan juga pakai mask terutamanya yg ada asma.atau lelah. Ibu ida sejak covid ni..pakai mask dh jarang lelah. Kalau dulu kerap juga g hospital

    BalasPadam
  12. suka juga pakai korean mask N94. rasa selesa sikit nak bernafas hehehe

    since kes kat Malaysia ini tengah mencanak naik, boleh dikatakan semua orang boleh kena covid 19 ini. patuhi SOP insyaAllah moga baik-baik je semuanya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan