Pengalaman Beli Rumah Pertama

10
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman Beli Rumah Pertama | Rumah satu keperluan asas manusia. Setiap orang pasti idamkan rumah yang selesa dan sempurna untuk didiami.

Tapi, lain dengan MF sendiri. 

MF tak pernah terfikir nak beli rumah sendiri sebab sebelum kahwin suami MF dah ada rumah sendiri. Jadi memang tak terfikir nak ada rumah. 

Sehinggalah melihat anak-anak yang semakin membesar, rasa perlu juga beli rumah sendiri. Anak empat orang tinggal dirumah teres 3 bilik, nak kata selesa tu biasa saja, tapi syukurlah ada juga ruang untuk berteduh. 

Pengalaman Beli Rumah Pertama


Mencari rumah sendiri

Tahun 2018, MF mula mencari rumah lain sekitar perumahan yang sedia kami duduki. Kot ada rumah second yang nak dijual. 

Ada juga mencari rumah baru nak dibuat kami cari. 

Ada beberapa kali kami pergi tengok rumah dan survey sendiri keluasan yang sesuai. Sebab alang-alang nak beli biar selesa terus la kan.

Mula buat kira-kira pembiayaan perumahan

kira pembiayaan perumahan


Dalam masa yang sama sambil dok cari rumah tu, MF buat kira-kira pembiayaan perumahan. Mestilah kira sebab kena bajet ikut gaji semasa tambah dengan komitmen sedia ada. 

Sebab MF kerja kerajaan, mestilah MF akan rujuk LPPSA dulu. Tapi ada juga MF rujuk pinjaman perumahan Bank Rakyat sebab itu antara yang murah kadar faedahnya. 

Ikut kelayakan LPPSA memang layak sangat, tapi memandangkan komitmen masa tu masih tinggi, MFtangguh kan dulu cadangan nak beli rumah tu.

Kalkulator Kelakayan Pinjaman Perumahan

Korang boleh try kalkulator ni untuk buat semakan.

Hanya perlu isikan data pendapatan dan komitmen.


.

.

 

Ni basic kalkulator je... Nak lebih jelas korang boleh rujuk artikel ni [https://arifhussin.com/cara-kira-kelayakan-pinjaman-perumahan/] untuk kira pinjaman perumahan yang layak. 


Membeli rumah di musim Pandemik Covid-19

Pengalaman Beli Rumah Pertama


Pandemik Covid-19 memberi kesan yang ketara kepada sektor ekonomi. Semua industri alami kemelesetan. 

Industri dan pasaran hartanah turut terkesan, tapi harga rumah tak jatuh. 

Ni bukan kat Malaysia je, kat negara-negara membangun seperti US, UK, Singapore juga terkesan dan harga rumah meningkat naik. 

Tahun 2021 MF dan suami kembali sambung buat pencarian rumah baru untuk dibeli. 

Setelah berbincang, kami buat keputusan cari rumah di sekitar negeri kelahiran MF di Kedah. Banyak faktor lah yang buatkan suami sendiri ambil keputusan untuk beli rumah di sana, antaranya sebab harga yang rendah. 

So, kami carilah rumah yang luas dengan tanah yang luas. 

Akhir tahun 2021, kami bercadang membeli rumah di Sungai Petani. Kebetulan masa tu MF balik ke kampung sebab ayah MF masuk hospital dan tergerak hati nak tengok rumah tu. 

Nasib baik agen perumahan tu tak proses lagi, kami batalkan niat nak beli rumah tu selepas lihat kawasan perumahan tu yang tak strategik. 

Akhirnya pasrah lah tak jadi beli rumah tu dan cari lagi rumah lain. 

Urusan pembelian rumah pertama

Selepas kejadian tu, MFpasrah dan redha... Tapi nak dijadikan rezeki kan... Ada satu ajen perumahan hubungi MF dan guide kami memilih dan membeli rumah dari awal hingga proses pinjaman perumahan lulus. 

Alhamdulillah... dipermudahkan... 

Insha Allah, lagi 2 tahun rumah tersebut akan siap. Doakan rumah idaman MF tu siap mengikut masanya dan MF dapat pindah balik dok di Kedah. 

Doakan juga segala perancangan kami dipermudahkan Allah... Insha Allah... 

Itu pengalaman MF beli rumah pertama. 

Cara beli rumah pertama

Urusan beli rumah pertama ni tak banyak mana, sebab segalanya diuruskan oleh agen. Sangat mudah. 

Kami bayar booking fee RM500, lepas tu pilih tapak rumah. 

Kemudian, ada agen LPPSA akan buatkan pinjaman LPPSA. MF hanya sediakan dokumen. 
yang lengkap dengan tandatangan dan kelulusan ketua jabatan atau majikan. 

Semua urusan melalui pos sebab MF kat Johor kan.

Memang urusan pembelian tu dipermudahkan. Alhamdulillah. 
Sekarang ni tunggu proses rumah tu siap. 

Walaupun pinjaman dah lulus, tapi belum ada potongan gaji sebab rumah belum siap. 
Dia dalam tempoh 25 bulan baru ada potongan gaji tu. 

Sebab tu MF doa moga-moga rumah tu siap awal dari jangkaan. 

Baru-baru ni MF tanya rumah tu dah lebih 20 peratus siap. So, betullah jangkaan tu. Mungkin hujung tahun depan baru siap sepenuhnya. Insha Allah. 

Debar juga sebenarnya. Tapi doa je lah banyak-banyak moga Allah permudahkan segalanya. 

Itu dengan loan kerajaan. Kalau dengan lain pula urusannya. 

Apa-apa pun kena kira dulu kelayakan pinjaman ikut gaji korang. 

Boleh je guna apa-apa jenis kalkulator pembiayaan pinjaman perumahan untuk kira kelayakan pinjaman perumahan tu. 

Apa pun nak beli rumah tengok bajet dan keperluan kita beli rumah tu.

Kalau bajet kecik tapi rumah ramai, kena cari rumah bersesuaian.
Tapi ada juga sekarang orang beli tanah lot dan buat rumah. Bajet lebih murah. 

MF pernah juga terfikir camtu, tapi malas nak fikir nak cari kontraktor dan sebagainya jadi cari je rumah siap. Cuma kami cari yang ada tanah tepi... Semi D atau banglo. 

Alhamdulilah.. kat Kedah masih ada rumah macam tu dengan harga mampu milik. 

Sekian kisah pengalaman beli rumah pertama. 

Buat yang masih mencari, teruskan mencari rumah yang diidamkan dan moga dipermudahkan.




Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. susah jugak bab pembeliaan rumah ni kan. semoga dpemudahkan urusan rumah Mf

    BalasPadam
  2. moga dipermudahkan urusan menguruskan rumah baru

    BalasPadam
  3. Bestnya.. moga ada rezeki Gee juga nanti beli rumah😃

    BalasPadam
  4. menarik..dok bercita2 juga nak membeli rumah..

    BalasPadam
  5. Nak beli rumah mmg kena tengok beberapa faktor lain selain kemampuan.
    Kedudukan rumah memainkan peranan yg penting, antaranya dekat dgn tempat kerja, ada kawasan sekolah, perbankan, hospital atau klinik, pasaraya dan kalau boleh elak kawasan berpenduduk yg sgt padat.

    BalasPadam
  6. Seronoknya, Tahniah MF. Alhamdulillah, mesti tak sabar nak masuk rumah baru kan? MOga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  7. wah teruja kan ada rumah beli dengan titik peluh hasil sendiri, syukur Alhamdulillah moga dipermudahkan

    BalasPadam
  8. Moga dipermudahkan urusan pembelian rumah, tpi kalau tak beli dri skrg, 5 tahun akan dtg, harga lagi mahal

    BalasPadam
  9. Pengalaman kak net beli rumah agak memeningkan. Mungkin sebab time tu tak berapa nak pandai lagi bab-bab beli rumah ni.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan