بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Berapa Jam Anak Nak Kena Tidur Dalam Sehari? | Tidur satu fitrah dan keperluan... Dari belum lahir hingga ke tua wajib tidur dan cukup tidur.
Tapi paling penting masa kecil. Waktu tengah membesar tu tidur sangat penting... Sebab akan beri kesan kepada perkembangan fizikal, mental dan emosi anak.
Berapa Jam Anak Nak Kena Tidur Dalam Sehari?
Tapi, berapa jam anak perlu tidur dalam masa sehari?
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation :
⏰ 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam⏰ 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam⏰ 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam⏰ 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam⏰ 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kredit:
#notaparentingTaufiqRazif
Jom Join Telegram Parenting :
klik sini t.me/NotaTaufiqRazif
Lepas umur 13 tahun, purata tidur seperti orang dewasa iaitu 8 ke 11 jam sehari...
Kesan Buruk Anak Yang Tak Cukup Tidur
1. Kurang Tumpuan
Sama macam orang dewasa, bila tak cukup tidur memang susah nak fokus.. Sebab bila siang hari mengantuk.2. Sukar Kawal Emosi
Bila tak cukup tidur mula memberontak dan buat perangai. Biasakan anak-anak macam ni kan.. Jadi kena pastikan anak cukup tidur.
3. Perkembangan Minda Jadi Lambat
Bila tak cukup tidur otak jadi lemah dan lambat berfikir. Tapi terlebih tidur pun akan beri kesan yang sama juga.
4. Jadi Agresif
Bila tak cukup tidur, anak jadi sukar dikawal dan boleh jadi hyperactive. Bahkan menjadikan anak agresif dan menjadi tantrums.
5. Tidak Bersemangat
Bagi anak yang dah bersekolah akan nampak kesan ni dengan lebih ketara. Tak semangat, lesu dan longlai bila nak ke sekolah.
6. Risiko Obesiti
Obesiti terjadi sebab bila berjaga malam mesti lapar dan nak makan. Jadi ianya menyebabkan gaya hidup yang tak sihat dan meningkat risiko obesiti. Jadi anak-anak yang obesiti tu, cuba semak balik rutin tidurnya.
Jadi, kena bijak aturkan waktu tidur anak. Setakat ni, anak pertama dan kedua MF takde masalah bab tidur dari lahir hingga sekarang. Sebab keduanya ini susu badan hingga 2 tahun. Jadi rutin tu sama je. Tapi anak ketiga lain, lepas mula susu botol ni rutin tidur dah lain. Dia pula aktif..Walaupun mengantuk dia masih nak tahan mata.
Yang ketiga ni, masih dalam proses Latih waktu tidur yang konsisten. Moga dipermudahkan.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ