6 Cara Keringkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan

Maria Firdz
11
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

6 Cara Keringkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan |  Rambut mahkota yang indah dikurniakan oleh Tuhan. Rata-rata manusia dunia mempunyai rambut. Pelbagai jenis rambut ada dan berbeza bagi setiap orang. 

Ada rambut panjang, ada yang tebal, ada yang nipis dan sebagainya. 

Bab rambut ni lelaki kurang ada masalah, kecuali lelaki berambut panjang. Tapi bagi lelaki maskulin yang berambut pendek kurang ada masalah rambut. 

Rambut ni memang sinonim dengan perempuan. Sebab tu iklan syampu banyak syampu perempuan. Pelbagai jenis syampu ada. 

Berapa kerap korang basuh rambut?

Kalau MF paling kurang sehari sekali basahkan rambut. Rasa tak selesa dan rimas kalau tak basah kepala. 

Biasanya MF basahkan rambut, kalau tak pergi ke mana-mana. Maknanya lepas balik kerja baru basahkan rambut dengan syampu. Tapi ada kalanya, kena juga basahkan rambut waktu pagi dan tetiba pula si suami ajak keluar. 

Arghhh.. malas rasanya sebab rambut basah pula. Nanti nak pakai tudung dengan rambut basah, sangat tak selesa kan. 

6 Cara Keringkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan


Tapi, jangan risau ada cara keringkan rambut dengan cepat dan berkesan. 
Jom MF kongsikan caranya. 

1. Keringkan rambut dengan tuala terlebih dahulu

Sebaik selesai mencuci rambut, balut dengan tuala dan perah air keluar perlahan-lahan.

Tuala mikrofiber adalah yang terbaik kerana menyerap air lebih cepat daripada yang diperbuat daripada kapas.

Jangan gosok rambut kerana ia akan merosakkan kutikel rambut.

MF guna tuala macam ni untuk keringkan rambut. 

6 Cara Keringkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan


Memang berkesan dan kejap je rambut kering. 
Beli kat shopee je... BELI SINI

2. Kawal aliran haba

Halakan muncung pengering dari akar rambut ke hujung rambut untuk menolak air keluar lebih cepat. Elakkan pergerakan rawak kerana boleh membuatkan rambut mengerbang.

Maknanya keringkan dari kulit kepala ke hujung rambut. Ni teknik keringkan rambut guna pengering rambut.

3. Bahagikan rambut kepada bahagian kecil

Kalau rambut tebal, bahagikan kepada beberapa bahagian dengan menggunakan klip rambut.
Lepas tu, keringkan bahagian rambut mengikut bahagian. Kaedah ini bukan sahaja lebih berkesan malah kurang memakan masa, berbanding meniup seluruh kepala sekali harung. 

4. Jangan sekali-kali menghalakan haba ke satu tempat

Pastikan haba  pengering rambut sentiasa dihalakan dari satu tempat ke tempat lain.

Kalau letak pengering rambut ke salah bahagian dengan terlalu lama, bahagian rambut tersebut akan menjadi kering dan rosak. Nanti rambut akan murah rapuh dan mudah putus. 

5. Cara keringkan rambut dengan cepat guna pengering rambut

6 Cara Keringkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan


Pengering rambut yang mahal dan canggih pasti menawarkan kapasiti haba yang lebih tinggi, bermakna kurang masa pengeringan. Walau bagaimanapun, lebih panas tidak semestinya lebih baik.

Pastikan korang tahu macam mana nak gunakan pengering rambutdengan betul supaya rambut tak terlebih kering dan mencederakan diri. 

6. Gunakan produk rambut cepat kering

Terdapat banyak produk rambut yang menawarkan perlindungan haba dan masa pengeringan pendek. Ini merupakan antara cara keringkan rambut dengan cepat yang boleh dicuba.

Produk sebegini bertindak dengan memberi kesan kepada ikatan antara air dan permukaan rambut, menjadikan air terwap dengan lebih mudah.
Boleh cuba guna produk-produk  macam ni berbanding semburan pelindung yang biasa.

Semoga cara ni boleh bantu korang keringkan rambut dengan cepat. 
Lakukannya dengan cara yang betul dan bukan sahaja cepat dan berkesan tapi juga kesihatan rambut terjamin.

Sumber Rujukan: Hello Doktor

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Kak Sue pun setiap hari kena basuh rambut, rasa tak selesa..

    BalasPadam
  2. biasanya macam tu la kan.. nak basuh rambut pun kena ada perancangan masa.. biasanya saya basuh waktu pagi je.. sebelum pergi kerja biasanya dah kering.. itu je la jalan mudah selain pengering rambut

    BalasPadam
  3. Dulu sy x guna pengering rambut.. Sbb takot rambut tambah rosak.. Tp cara keringkan rambut tu yg salah rupanya haha

    BalasPadam
  4. terima kasih share. tips sangat berguna, kecuali untuk orang yang jarang shampoo rambut! eww kan, tapi saya pernah jumpa orang macam ni. shampoo ada, tapi rasanya seminggu sekali je dia guna. jenuh nasihat suruh kerapkan basuh rambut. hehe

    BalasPadam
  5. terima kasih sudi share bab ni, rambut pun bau kepam kalau tak keringkan dengan betul

    BalasPadam
  6. seblum nih saya main hentam jer ikut dan saya, nak rambut kering cepat.. lepas nih boleh try style

    BalasPadam
  7. Rambut memang seeloknyer dah lps mandi kens keringkankan
    lau tak akan jadi nbusuk lau terus pakai tudung .. tq share

    BalasPadam
  8. Menarik perkongsian di atas.
    Saya just guna tuala serap air.
    Dulu guna hair dryer tapi anak2 pun nak join sama.
    Rasa mcm lambat pula bila diganggu so pakai tuala lagi cepat.

    BalasPadam
  9. Ada rupanya produk cepat keringkan rambut tu ya. Kalau nak cepat biasa memang pakai hair dryer jelah. Itu kalau rajinlah. Kalau tak genyeh-genyeh ngan tuala je.. hahaha.

    BalasPadam
  10. Ada satu lagi cara, pakai tuala khas norwex utk keringkan rambut ni. Mmg senang.

    BalasPadam
  11. Thank you share...kita selalu gosok rambut kuat2 dgn tuala..hahah

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !