8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet

Maria Firdz
9
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet | Diet, tapi lapar... macam mana nak diet... Tips berikut mungkin boleh diamalkan untuk atasi rasa lapar tu terutama ketika usaha untuk turunkan berat badan. 

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


#1 Kerap minum air

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Amalkan mengambil segelas air pada setiap jam. Kebiasaan seperti ini amat membantu bagi mengeluarkan toksik di dalam tubuh sekali gus memberikan rasa kenyang. 

Akhirnya, tubuh akan terhidrasi dengan baik seterusnya membuatkan badan kembali sihat bertenaga. 

#2 Letak kayu manis dalam masakan

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Kulit kayu manis adalah rempah yang sihat dan bermanfaat diletakkan di dalam masakan. 

Secara tidak langsung, ia berfungsi untuk menstabilkan gula dalam darah sekali gus melambatkan proses pencernaan. Hasilnya,  akan merasa kenyang lebih lama. 

#3 Makan secara perlahan

Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. 

Oleh itu, makanlah pada kadar yang lambat atau sederhana. Ia membuatkan proses pencernaan berlangsung dengan sempurna malah dalam masa yang sama membuatkan kita berasa kenyang dan selesa. 

#4 Makan buah 

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Ramai tahu buah amat bagus untuk kesihatan. Tapi nak mudah ada yang suka mengambil jalan mudah dengan meminum jusnya sahaja. 

Antara minum dengan mengunyah, adalah lebih bagus makan buah asli yang telah siap dipotong. Cara ini dikatakan berupaya membuatkan seseorang itu berasa kenyang lebih lama. 

#5 Kurangkan gula 

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Gula mampu membuatkan seseorang itu berasa lapar dan kenyang pada satu tempoh yang singkat. 

Sewaktu tekanan darah menurun, kita mudah berasa lapar. Jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan sehari-hari. 

#6 Ambil banyak serat

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pada masa yang sama, ia juga bagus untuk kesihatan pencernaan kita. 

#7 Minum teh atau kopi

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. 

Lebih elok sekiranya ia dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang. Selain itu, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

#8 Makan dalam kuantiti sedikit 

8 Tips Atasi Rasa Lapar Ketika Berdiet


Tidak salah  makan tiga kali sehari tetapi cubalah ambil makanan tersebut dalam kuantiti sedikit. 

Pola makanan sebegini dipercayai amat membantu untuk menjaga paras gula dalam darah sekali gus menghindarkan kita dari merasa lapar sepanjang masa. 


Semoga bermanfaat untuk mereka yang sedang berdiet dan merancang untuk diet. Diet bukan sekadar untuk kurus, tapi juga untuk kelihatan sihat dan awet muda ... insha Allah. 

Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. disiplin bab makan dan pengambilan makanan tu yang penting kan :)

    BalasPadam
  2. Info yang berguna ni.. memang sesuai sangatlah dgn Cik Candy yang dgn dlm proses berdiet ni

    BalasPadam
  3. tq2.. sangat berguna info ni.. ni pun tengah cuba IF tapi tak kuat.. buat diet ikut yang mampu je sambil kurangkan makan

    BalasPadam
  4. Tips baru tu letak bunga cengkih . Boleh cuba nanti .tq kongsi

    BalasPadam
  5. Thank you share tips. Biasa gee akan makan buah, kurangkan gula dan minum air kosong.

    BalasPadam
  6. Bila tgh diet, mmg kne banyak minum air supaya tak rasa lapar

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !