Recent Posts

5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Mak Anak Ramai

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Mak Anak Ramai | Mana tempat menarik jika dibolehkan rentas negeri nanti? Antara yang MF baca, survey di media sosial, Langkawi antara tempat pilihan ramai yang memang ternanti-nanti orang nak pergi. 

Langkawi, sebuah pulau yang menjadi tempat perlancongan di negeri Kedah. Walaupun MF berasal dari negeri Kedah, sekali pun tak pernah jejak lagi ke Langkawi... Hahaha.. sila jangan tak percaya... sebab MF asal Baling, Kedah dan Langkawi nun jauh ke utara negeri Kedah... 

Disebabkan tak pernah pergi, MF memang nekad nak pergi juga Langkawi satu hari nanti. Kat Langkawi ni banyak tempat menarik... MF sendiri dok baca, dan dok tengok orang share tempat-tempat menarik di Langkawi... Banyaaakkkk... Tapi... 

Eh... ada tapi pula!

Tapiii.. MF ni mak anak ramai... ikutkan hati nak je staycation dan jenjalan semua tempat menarik dan best di Langkawi tu.. tapi kan.. dengan anak-anak kecik ni... macam tak sesuai la kan nak pergi pulau.. masuk hutan.. dan segala aktiviti lasak... sebab anak MF ni masih kecil lagi... 

5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Ibu bapa ada anak kecil


Disebabkan tu, MF dah buat future planning... 5 tempat menarik di Langkawi ni yang MF rasa sangat sesuai untuk MF anak ramai. 

1. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi


Ini memang aim lama dah nak pergi ni... Pernah pergi Aqua KLCC je... anak teruja dan seronok... Kalau bawa pi Underwater World Langkawi ni lagilah depa seronok. 

Apa yang MF dok baca la... Underwater World Langkawi adalah salah satu aquaria yang terbesar di rantau Asia dan mula beroperasi sejak tahun 1995. Underwater World Langkawi menempatkan banyak zon berbeza yang bersesuaian dengan habitat atau spesies hidupan air. 

Antara zon yang terdapat di sini adalah River Ecosystem, Temperate (South American Fur Seal dan African Penguin), Sub-Antarctic (Rockhopper Penguin), Hexagonal Tank (menempatkan ikan jerung), zon Venemous & Poisonous dan banyak lagi.

Kat sini boleh tengok penguin secara live... Confirm anak-anak suka punya.

2. Langkawi Wildlife Park

Langkawi Wildlife Park


Taman Hidupan Liar Langkawi... mesti pasal binatang kan... Kalau tadi hidupan air, ni hidupan di darat pula... 

Katanya, taman ni bukan seperti zoo biasa, ramai pengunjung yang memuji dan sejuk hati melihat bagaimana keadaan haiwan-haiwan di sini terjaga dengan baik.

Di sini boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada dengan menyentuh dan memberi mereka makan. Antara haiwan yang boleh diberikan makan adalah arnab, burung, rusa, ikan, itik dan sebagainya. Sesetengah haiwan pula hanya perlu diberi  makan pada waktu tertentu seperti  Amazon Arapaima, buaya dan Love Birds (Budgerigars).

Yang menariknya, tak kira hujan atau panas, anda sekeluarga dapat meneroka sekitar zoo ini tanpa perlu risau tentang cuaca kerana sepanjang perjalanan di dalam zoo ini lengkap dengan laluan berbumbung. Memang sesuai sangatlah dengan kita mak anak ramai ni.

3. Muzium 3D Langkawi

Muzium 3D Langkawi


Tempat ketiga MF nak pergi bersama anak-anak ialah Muzium 3D. MF pernah pergi Muzium 3D di Melaka… Punyalah anak teruja dan seronok sampai tak nak balik. Jadi, MF pasti kat sini pun sama.

Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan 200 buah lukisan 3D! 

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik.

Masa yang diambil untuk habis bergambar dengan sepuas hati semua karya realistik di sini adalah antara 3 ke 4 jam. Tu dia.. jenuh nak bergambar… Kena pastikan perut kenyang lah baru boleh masuk Muzium ni.

4. Buffalo Park

Buffalo Park


Dah puas bergambar, MF teringin nak bawa anak menikmati keindahan alam dengan mendekati makhluk ciptaan Tuhan. Tempat menarik di Langkawi yang MF teringin nak pergi bersama anak-anak ialah Buffalo Park. 

Zaman sekarang susah dah nak jumpa kerbau. Kalau balik kampung pun takde dah orang bela.. Jadi, kena bawa anak-anak ke sini untuk tengok sendiri kerbau tu… Kang ada yang kata gajah pula kang… 
Buffalo Park dibuka pada tahun 2006 menjadi sebuah tarikan yang wajib dilawati sewaktu bercuti ke Langkawi.

Buffalo Park, di sini  ada lebih kurang 100 ekor kerbau yang digunakan untuk menghasilkan produk tenusu dan baja organik. Kat sini juga ada penghasilan keju segar… sesuai sangat anak-anak MF yang suka makan keju.

Selain keju, susu yang didapati dari ladang ini turut digunakan untuk menghasilkan produk lain seperti ais krim, yogurt dan susu pelbagai perisa. Semua produk dihasilkan secara segar dari ladang ini sendiri!

Di samping membeli-belah hasil tenusu kerbau yang segar, antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti memberi kerbau makan dan memerah susu kerbau dan juga boleh tengok macam mana keju dihasilkan. Fuhh… teruja nih...

5. Crocodile Adventureland Langkawi

Crocodile Adventureland Langkawi


Dari apa yang MF baca, Taman Buaya dekat je dengan Pekan Kuah dalam  30 minit dan 10 minit dari Cable Car (SkyCab). Crocodile Adventureland Langkawi adalah sebuah tarikan berlatar belakangkan gunung-ganang hijau yang menempatkan hampir 4000 ekor buaya daripada yang masih muda hinggalah yang telah mencapai usia ‘emas’ yang terdiri daripada spesies seperti buaya tembaga, buaya sumpit, Guinea, Siam dan sebagainya.

Semasa berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukan dan menyertai banyak aktiviti menarik yang ditawarkan seperti memancing buaya, pertunjukan buaya melompat, memberi buaya makan, sesi bergambar dan sebagainya.

Pasti anak-anak suka tengok nih… 

Cukuplah 5 tempat menarik di Langkawi yang MF teringin nak pergi bersama suami dan anak-anak. MF pasti perancangan ini akan menjadi percutian yang menarik dan terindah. 

Eh… Dah pergi jalan sana sini tak kan tak nak staycation kan… Mestilah… Sebab tu lah sanggup Google Map,. cari hotel best di Langkawi yang sesuai untuk kami inap.

MF dan suami kalau nak cari   tak suka yang kat tempat serabut… akan cari yang jauh sikit dari pekan dan hiruk pikuk bandar.   Tu yang dok nampak dalam Maps, macam best kalau dok kat The Datai Langkawi… Syok sebab jauh dari kota, ada Pantai tersendiri… Tapi lengkap semua kemudahan. Ishhh… Macam dah fefeling dok sana… 

Hadoii.. tak sabar nak pergi Langkawi… Banyak sangat tempat menarik nak pergi ni.. Tapi 5 yang MF senaraikan tu, Insha Allah MF nak pergi… 

Seperti percutian ke Cameron Highland dengan duit tabung, MF juga akan ke Langkawi dengan duit tabung juga.. insha Allah… 

Moga wabak ni cepat reda 2 3 tahun lagi kan… Lagipun dah ada vaksin ni… Moga dah takde dah virus. Dan kita bebas bercuti tanpa rasa takut lagi. Insha Allah… 

Berlangganan update artikel terbaru via email:

3 Responses to "5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Mak Anak Ramai"

  1. langkawi mmg tmpt menarik tp bab hotel saya x berapa berkenan. boleh x cadangkan hotel2 yg best ?

    BalasPadam
  2. memang sesuai ni bercuti bersama anak-anak. mesti diorang teruja. saya pun tak pernah sampai kat langkawi lagi. memang teringin nak pergi.

    BalasPadam
  3. Cikza dah pergi wildlife park memang best. Takyah anak ramai. Pegi bdua laki bini dah serupa jaga laki anak ramaii hahahah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel