GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Basuh Kereta Bersih dan Berkilat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Basuh Kereta Bersih dan Berkilat | Basuh kereta, antara aktiviti yang orang kurang ambil kisah. Ada yang tak kisah je kereta dia kotor pun. Tapi bagi MF kereta wajib bersih berkilat sebelum guna sama ada pergi kerja ke, pergi jenjalan ke kan. 

Rasa malu je bawa kereta yang kotor, berhabuk dan nampak selut (lumpur) yang melekat banyak di kereta. Seminggu sekali paling kurang akan cuci kereta. Kalau tak pun, akan lap dengan kain basah kalau tak kotor sangat. Tapi yang penting tak nampak kotor. 

Basuh kereta nak mudah pergi cuci kat kedai lah kan. Atau pun mesin cuci kereta automatik. Tapi dengan zaman ekonomi ni, sekali cuci RM20 lebih juga kalau MPV... Jadi, suami MF akan cuci sendiri je. Selain jimat boleh juga keluarkan peluh. Nak senang dan mudah, minta anak tolong, diorang suka je main air kan. 

Tapi nak cuci kereta tak boleh sebarang... Ada caranya. Tambah kalau nak basuh kereta sampai bersih dan berkilat... ada cara dan tekniknya. 

Sebelum nak basuh kereta kena alatan yang sesuai untuk basuh kereta.

Alatan untuk basuh kereta:

1. Sabun pencuci kereta

Untuk sabun ni, MF guna sabun basuh pinggan. Walaupun ada kata tak elok guna, nanti boleh calar dan lunturkan warna... Tapi setelah 12 tahun pengalaman suami MF sendiri guna sabun basuh pinggan buat cuci kereta. 

Alhamdulillah, tak langsung melunturkan warna kereta. Ni, bukan dengar cakap orang eh, tapi pengalaman sendiri. Memang tak luntur warna pun walaupun guna pencuci pinggan. Yang buatkan kereta mudah luntur warna kalau jemur panas dan hujan tanpa bumbung. Itu yang buatkan warna kereta cepat luntur dan pudar.

Pencuci pinggan yang biasa kami guna untuk basuh kereta, ialah Sunlight dan Glo. Jenama lain tak pernah cuba. Tapi nak lebih berkilat memang dua jenis ni lah. Tapi kalau korang rasa was-was boleh la beli sabun basuh kereta ye... MF tak paksa la guna cara kami.

2. Kain microfibre

Kain microfibre sesuai dijadikan sebagai alat untuk basuh dan lap basah dan lap kering. Kain jenis ni lebih senang serap air dan kotoran dan tak mencalarkan kereta.

3. Span dan berus tayar

Span untuk basuh kereta lembut dan sesuai juga untuk basuh cermin. Jangan campur span basuh cermin dan basuh tayar. Takut pasir yang melekat tu mencalarkan cermin. Tapi kalau korang tak kisah, boleh je campur... haha... Tapi sebaiknya untuk tayar dan rim guna berus sebab buang pasir dan tanah yang melekat tu kan. Kalau guna RIM BBS yang halus, kena ada berus halus untuk cuci celah-celah tu.

Cara Basuh Kereta Bersih dan Berkilat

Cara Basuh Kereta Bersih dan Berkilat

Langkah 1:

Mulakan basuh kereta dari panel atas ke bawah untuk elak buat kerja dua kali. Siram dahulu keseluruhan kereta dengan air untuk pastikan pasir-pasir dan kotoran yang kasar melekat pada kereta di lembutkan dan di buang terlebih dahulu.

Langkah 2:

Kemudian gosok secara lembut kain microfiber pertama atau span microfiber yang di celup pada sabun secara berperingkat pada bahagian bumbung, hadapan, belakang, cermin dan sisi kereta.

Kelebihan kain atau span microfiber kerana sifat nya yang banyak menghasilkan cas negatif apabila kita menggosokkannya pada badan kereta berbanding kain cotton yang biasa kita gunakan di rumah. Ini membuatkan kotoran-kotoran yang terdapat padan badan kereta mudah tertanggal dan melekat pada kain microfiber yang bersifat positif.

Langkah 3:

Seterusnya bilas dahulu keseluruhan badan kereta yang telah kita gosok dengan sabun tadi sebelum mula membersih sport rim dan tayar. Kita mahu bilas cepat untuk mengelakkan sabun tadi kering yang menyebabkan kesan kotoran melekat semula pada badan kereta.

kalau buat lebih dua orang, boleh je sekali jalan. Seorang sabun body, seorang lagi part tayar, lepas tu terus bilas je semua. Mudah kerja. Tapi kalau buat seorang... Kena buat part body dulu, lepas tu bilas, kemudian baru basuh tayar. 

Langkah 4:

Bersihkan sport rim dan tayar menggunakan berus pembersih tayar. Gosok sekali bahagian dalam sport rim dan tanggalkan kesan-kesan hitam yang biasa terhasil daripada disk brake. Kalau ada water jet lebih mudah untuk hilangkan kesan-kesan hitam pada tayar dan rim.

Langkah 5:

Seterusnya ialah proses pengeringan. Basahkan dahulu kain microfiber kedua sebelum mengelap kereta. Gunakan kain microfiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang telah di lap dengan kain lembap yang kedua tadi. Kaedah ini di panggil lap basah lap kering dan kelebihannya adalah memudahkan proses pengeringan kereta. Sama juga, mulakan dari panel atas ke bawah. Kena lap terus lepas bilas sebab kalau kering nanti akan bertompok-tompok nanti.

Langkah 6:

Lap celah pintu dan panel kereta dan gunakan kain microfiber yang kering tadi untuk cermin kereta. Digalakkan untuk menggunakan kain yang baru untuk cermin.

Langkah 7:

Langkah yang terakhir bersihkan bahagian dalam kereta seperti kusyen, dashboard, dan tikar getah. Jika ada vakum adalah lebih bagus kerana memudahkan proses pembersihan bahagian dalam. Kalau kami guna vacum penyembur dulu sebelum sedut... 

Semoga bermanfaat. 

Boleh tonton video ni, cara kami cuci kereta bersih berkilat guna pencuci pinggan je. 




4Ulasan

  1. Terima kasih kak share cara basuh kereta ni. baru tahu kenapa ada tompok tompok bila kering. lap dengan kain biasa rupanya. lepas ni kena guna kain microfiber. nak tengok hasilnya.

    BalasPadam
  2. wah..xpernah guna sbun basuh pinggan lg. nti boleh la try jgk guna tips ni

    BalasPadam
  3. abe kie dah lama x basuh sendiri kereta. setiap bln gi carwash. bukannya x nak buat sendiri tp paip air di umah ni slow. baik x yah basuh kan?

    BalasPadam
  4. Hehehe setakat duk kat Tama perumahan ni KakYa kurang basuh kereta sendiri. Biasa bawak ke car wash jer. Bukan apa kalau basuh jer air mudah bertakung dan lambat turun ke longkang. Mula laa skait hati bila air melimpah ..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ