بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Claim Parcel Pecah/Rosak dari J&T Ekspress dan Shopee | Membeli belah secara online ini tak sama macam beli secara fizikal kat kedai. Ada risiko yang harus ditanggung.
Pengalaman bertahun beli belah secara online... Buatkan MF jadi penyabar. Memang kena sabar sebab kadang barang dibeli diduga dengan pelbagai keadaan.
Yang terbaru... MF diduga dengan barang yang dibeli pecah atau rosak oleh pihak courier.
MF Beli beberapa barang keperluan dan minuman dalam kotak dari pihak Mydin Online di Shopee.
Seronok rasa bila pihak Mydin pos dengan cepat. Sehari lepas tu MF semak dengan pihak J&T Express melalui aplikasi Shopee.
Barang selamat tiba di Johor Bahru. Alhamdulillah.... Esoknya semak lagi... Sebab biasa bila dah sehari di JB, esok atau lusa dah sampai ke Kulai. Tapi malangnya. Bila lihat status barang...
[J&T JHR_GATEWAY]Parcel is damaged. Please request for Return/Refund in your Shopee App
Hadoii... Barang pecah lagi... Ini sebenarnya kali kedua lah MF ada pengalaman barang rosak/pecah dengan pihak J&T ni...
Cuma barang yang pertama MF beli tu bukan makanan atau minuman... Cuma beli untuk laci almari. Barang cuma calar... Pihak J&T balut semula dan hantar.
Bila jadi kes macam ni.. MF tunggu dulu 2 hari sebelum buat refund.
Lepas 2 hari tunggu, memang rasanya barang tu rosak lah... Dan memang pihak J&T Tak kan hantar. Baru MF klik refund pada aplikasi Shopee.
Lepas klik, MF terus contact seller... MF merayu juga la minta dia approve... Screenshot bukti bahawa MF Tak terima barang dan barang tu rosak di pihak courier.
Alhamdulillah... Pihak Mydin akan siasat.
Selepas sehari MF semak semula... Masih tiada apa-apa tindakan dari pihak seller.
Jadi, tak boleh berdiam diri... Kena bertindak kalau rasa nak duit balik. Dan MF memang nak duit balik... Seratus lebih kot kan.. kalau RM10 takpe lagi... Tapi beratus wajib lah Claim...
Jadi, apa langkah MF buat untuk dapatkan balik duit refund?
Cara Claim Parcel Pecah/Rosak dari J&T Ekspress dan Shopee
Bila jadi kes macam ni, korang kena control rasa nak marah tu... Memula memang MF kecewa juga lah... tapi akhirnya redha...
Bukan apa, bila kita kawal emosi, kita tau nak buat apa secara rasional. Walaupun asalnya rasa nya macam nak viral je J&T Ekspress ni kan sebab dah 2 kali kena kan... Tapi cuba sabar lagi.
Chat Online dengan J&T Ekpress
Step pertama, MF chat online dengan pihak J&T Ekspress untuk tahu status barang tu... Barang tu ada kat mana... sebab 2 hari tak update... Jadi nak tahu status barang tu masih di J&T ke, atau memang diorang ada peluang nak hantar ke camne. Lepas chat, pihak J&T maklumkan memang barang tu rosak/pecah. Dia minta kita buat refund dengan pihak Shopee.
Refund Request di Shopee
Jadi lepas confirm dengan J&T Ekspress, klik refund/return pada aplikasi Shopee.
Owh... MF hanya guna kemudahan chat online di website J&T Ekspress sebab MF takde number phone direct call ke J&T Ekspress JB... Jadi, gunakan pihak HQ untuk maklumkan dengan pihak J&T JB.
Chat dengan seller
Lepas tu MF Chat dengan seller, minta dia approve refund request tu secepatnya.
Memandangkan Mydin ni kedai Official bawah Shopee, jadi barang-barang tu akan dikembalikan kepada pihak Shopee...
Lepas tu MF tunggu dua tiga hari lagi tengok progress nya... Takde apa yang berubah... Sekali lagi, MF Chat Seller minta dia approve request... dan tak lama lepas tu baru nampak status Shopee minta kita return barang kepada Shopee..
e-Mail kepada Shopee
So, sebab MF tak terima barang yang rosak tu macam mana nak return kan... Jadi, MF email pula kat shopee maklumkan MF tak dapat nak pulangkan barang tu kepada pihak shopee sebab MF tak terima barang tu.
Kemudian, lagi sekali MF Chat dengan pihak J&T Ekspress maklumkan supaya pulangkan barang tu kepada pihak Shopee, sebab MF dah minta refund request dengan shopee.
Lepas Chat dengan J&T, MF email Shopee lagi sekali, minta pihak Shopee hubungi pihak J&T Ekspress untuk minta pihak Courier hantar barang kepada Shopee...
Terima duit refund ke dalam e-wallet Shopee
Alhamdulillah, lepas 2 hari macam tu terus dapat email, Shopee cancelkan barang tu dengan status barang hilang.
Tak lama lepas tu terus duit MF masuk ke e-wallet Shopee... Alhamdulillah...
Tempoh MF selesaikan kes ni, lebih kurang dalam 7 hari bekerja.
Terima kasih Shopee dan J&T Ekspress atas tindakan segera dan mengambil tindakan yang cekap menyelesaikan isu ni...
Kes barang rosak 6 Julai 2020, 15 Julai 2020 MF terima semula duit. 16 Julai 2020 dah habis guna buat beli benda lain... 😂😂😂
Tawakal
Selain MF usahakan ini, kena tawakal dan doa juga... MF kata kat suami , kalau ada rezeki dapat lah balik duit tu.. kalau tak redha je lah... mungkin ada rezeki tak berkat la tu Allah nak bersihkan...
Alhamdulillah... rezeki MF dapat duit semula...
Memang sabar, tawakal dan doa... segalanya bergantung kepada Allah jua. Sekian.
Semoga bermanfaat.
Thanks sharing Sis...setakat ni belum ada lagi kena, kot mana tau kan kalau terkena, senang nak rujuk sini nak claim..
BalasPadambagus..terima kasih bagi info mengenai isu macam ni..sangat berguna..saya pun suka beli barang onlie kat Shopee
BalasPadamTq tau sahring tentang ni. Nanti senang nak rujuk kalau berlaku kejadian seperti ni.
BalasPadamnice sharing. risiko beli barang on9 mcm ni la.alhamdulillah selama beli brg on9 ni takde lg pengalamn barang rosak/pecah
BalasPadamthanks sharing... tapi agak leceh jugak step nak di lakukan yek
BalasPadam