GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review - Movie Jepun | Survival Family

Review - Movie Jepun | Survival Family | Lama tak layan movie sebenarnya, tapi satu hari suami ajak tengok satu movie Jepun tajuk "Survival Family".

Dia jumpa kat Facebook... Ada kawan dia share.. MF pun cuba cari link kat youtube dan telegram. Rezeki... Ada jumpa kat youtube cuma takde subtitles. Jadi, layan aje lah yang kat Facebook tu dengan subtitles Indonesia. 

Review - Movie Jepun | Survival Family

Review - Movie Jepun | Survival Family

Sinopsis Survival Family 

Survival Family menceritakan kisah keluarga Yoshiyuki Suzuki yang bertahan hidup dalam keadaan terputus bekalan elektrik. Tanpa teknologi atau peralatan elektronik seperti handphone, laptop, komputer, television.

Bahkan tak lama kemudia, bekalan air juga terputus.

Keluarga Suzuki digambarkan Yaguchi sebagai keluarga Jepun yang sibuk dengan urusan masing-masing di kehidupan sehari-hari.

Si ayah senang beristirehat di depan TV, sementara ibu sibuk dengan urusan dapur dan si anak yang tak boleh lepas dari tengok handphone dan laptop je.

Kekurangharmonisan keluarga ini digambarkan dengan baik dengan menampilkan perilaku tak sopan ssi anak kepada orang yang lebih tua.

Part ni, ada dalam babak bila anak perempuan keluarga ni tak hormatkan atoknya yang di kampung. Menganggap kampung ni kuno dan ketinggalan. Mereka memang tak pernah balik kampung, tapi atoknya seorang nelayan, selalu kirimkan barang dari kampung untuk mereka.

Punya lah moden keluarga ni, sampaikan nak siang ikan pun takde sorang pun yang reti. Bandarlah sangat katakan...

Tiba-tiba eletrik terputus

Permasalahan bermula ketika Tokyo mengalami mati elektrik. Ibu kota Jepun yang dikenal dengan kecanggihan teknologinya itu jadi kecoh dan kelam kabut kerana tiada elektrik berpanjangan.

Keluarga Suzuki pun terkena kesannya. Tambah pula, kemudahan kenderaan awam tak berfungsi seperti biasa, sehingga mereka guna kenderaaan sendiri, bahkan berjalan kaki untuk sampai ke sekolah dan pejabat.

Pejabat dan sekolah kemudian mulai dicutikan sebab takde elektrik. Ketika di rumah, sebab tak banyak yang boleh dibuat dalam gelap, keluarga Suzuki menikmati keindahan langit yang tampak indah  kerana elektrik mati. Hal yang tak pernah mereka lakukan sebelumnya.

Tanpa kepastian bila elektrik pulih kembali, duit juga semakin tak berfungsi. Beli barang pun susah sebab kena kira manual. Jam mahal hingga kereta mewah ditolak mentah-mentah ketika hendak ditukar dengan air yang menjadi keperluan semua orang ketika itu.

Basikal kembali menjadi aset yang berharga

Basikal juga menjadi kenderaan  yang boleh digunakan kerana kemudaahan lain tak berfungsi. Berbekal duit, makanan serta minuman seadanya, Suzuki mengajak keluarganya untuk keluar dari Tokyo.

Review - Movie Jepun | Survival Family


Mereka bercadang pindah ke Kagoshima, 850 kilometer dari Tokyo, dengan berpandukan kertas peta. Perjuangan pun semakin terasa di sepanjang perjalanan mereka selama 108 hari. Kagoshima ni kampung ibu bapanya dipinggir laut yang selalu kirimkan ikan kat mereka selama mereka di bandar.

Asalnya nak naik kapal terbang, tapi sebab takde letrik, terpaksa la kayuh basikal.

Moral of the story

Film ini menunjukkan hal-hal yang terpenting dalam kehidupan namun kerap diabaikan seiring dengan perkembangan teknologi.

Memang seronok tengok filem ni.

Ada part kelakar, ada juga part sedih... Yang penting dapat belajar sesuatu.

Part Sedih
Bila babak, bapa diorang dihanyutkan arus deras sungai semasa menyeberang sungai.

Part kelakar
Bila mereka kejar babi sebab dah kelaparan yang amat.

Sesuai sangat ditayangkan kepada anak muda remaja moden sekarang. Bahawa secanggih mana teknologi, untung lagi dok kat kampung.

Walaupun kat kampung takde elektrik, tapi kehidupan mereka tidak terjejas. Mereka boleh hidup dengan menangkap ikan, sumber air banyak dan mudah, sumber makanan juga sentiasa ada. Tak perlu nak harapkan duit semata.

Dari survival itu, keluarga ini belajar sesuatu.

Selepas 3 bulan perjalanan, dengan berbagai rintangan mereka hadapi bersama, akhirnya sampai juga kat Kagoshima.

Lebih 2 tahun setengah barulah bekalan elektrik kembali pulih... dan semua peralatan yang guna bateri dan elektrik kembali boleh digunakan.

Punca bekalan elektrik terputus

Katanya, puncanya adalah sebab astroid yang menghampiri bumi, dan ini menyebabkan kuasa elektrik tertarik. Entah la betul ke tidak kan... haha..

Dan sepanjang itulah mereka belajar tentang kehidupan.

Balik bandar, mereka dah reti hormat orang, dah reti siang ikan, dah reti hargai kemudahan, dah reti bawa bekal.

Wang dan teknologi bukan segalanya dalam hidup ni... Kerana banyak benda penting lebih bernilai dari semua tu.

MF rekemen sangat filem ni. Tonton bersama keluarga. Seronok... Terutama yang ada anak-anak sedang membesar, yang selalu tengok dan ada gadjet. Mereka boleh belajar sesuatu.

Tapi filem ni memang banyak pengajaran. Tak rugi tengok.


5Ulasan

  1. Ada jugak tengok lain review. Tapi, sampai la ni tak tertengok lagi. Haha

    BalasPadam
  2. Lamanya tak singgah sini. Ray suke tgk cerita jepun, diorg selalu selit message yang deep untuk penonton.

    BalasPadam
  3. Woww.. bayangkan kita yang berada di situ.. no letrik mmg hebat penangannya.. tak sanggup.

    BalasPadam
  4. baru lepas tengok 2 minggu lepas.. memang best cite ni, kita skrg ni kena belajar benda basic juga. jgn dgn dunia canggih je..

    BalasPadam
  5. macam menarik je movie ni. Kehidupan sekarang terlampau bergantung dengan teknologi sampai hilang moral dan tak faham erti proses

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ