Drama tv.. Jangan terjebak... Kalau terjebak ibarat satu penyakit merebak.. Payah nak berhenti...
MF ni lama juga dah tak layan drama. Tapi ada la juga beberapa drama trending MF tengok.
Antara yang lepas MF tengok drama Kampung People, dan lepas tu tengok drama Titian Takdir.
Baru ingat nak insaf kan... Sekali drama slot Samarinda plak ditayangkan.
Drama Slot Samarinda TV3 ni, memang MF tunggu pun sebab kawan MF sendiri dok up kat Media sosial dia... Sebabnya anak dia berlakon dalam drama tu.
Drama terbaru slot Samarinda TV3 yang sedang ditayangkan sekarang ialah Maaf Tak Indah.
Drama ni adalah adaptasi novel. Tapi best layan.
Ada nampak kelainan sikit la dari novel tentang kisah cinta 3 segi yang lain.
Sinopsis Maaf Tak Indah
Kisah sepasang suami isteri Syaza dan Raimie yang bahagia dan romantik tetapi akhirnya berantakan dan kacau bilau bila isterinya Syaza tidak sukakan Kanak-Kanak dan tak nak mengandung.
Tapi ditakdirkan walaupun dia ambil pil perancang dia mengandung juga. Dan ini buatkan dia tertekan.
Dalam diam tanpa pengetahuan Raimie... Dia berusaha untuk gugurkan kandungannya.
Tapi, tak berjaya... Hingga satu tarikh dia dan sahabat dia Kelly berusaha untuk gugurkan.. Tapi dia sakit nak bersalin. Jadi, lahirlah baby tu tak cukup bulan dan ada sedikit kecacatan.
Peristiwa ni, bila Raimie dan ibu bapa Syaza sendiri tahu... Memang Raimie tak dapat maafkan.
Lepas melahirkan barulah Syaza rasa naluri keibuan dan merasa menyesal dengan perbuatannya. Tapi dah terlambat.
Raimie langsung tak boleh terima dan maafkan dia. Bahkan Syaza tak boleh dekat dengan baby dia yang diberi nama Adam.
Ini Buatkan Syaza tertekan... Dan bertambah tertekan bila dia juga dibuang ibu bapanya sendiri kerana kesilapan dia nak buang Adam dulu.
Tapi, Syaza beruntung kerana ibu bapa mentuanya menerima dan memaafkannya dengan rela.
Sekarang ni baru episod 3...
Masih panjang ni cerita ni.
Dan MF cari mencari.. Ada juga baca kisah ni kat Wattpad... Tapi tak habis ceritanya.
Kalau baca kat Wattpad... Sebelum diceraikan Raimie... Syaza mengandung tapi Raimie tak tau dia mengandung. Dia pun sembunyi kan. Yang tau hanya bekas ibu dan mentuanya.
Dia jadi single mother Dan membesarkan anak dia seorang diri.. Yang diberi nama Tia.
Dan dalam drama mestilah ada pengacau kan... Orang ni suka kat orang ni.. Yang ni suka kat yang ni kan..
Haha.. Best juga la part tu...
Tapi yang pasti.. Tengok episod satu pun dah kelam kabut emosi... Rasa geram dan macam-macam tapi nak tengok juga.
Memang banyak la persoalan tu..
Dapat ke Raimie maafkan Syaza?
Dapat ke Syaza jumpe semula Adam?
Dapat ke ibu bapa Syaza terima Syaza semula?
Tak sabar nak tengok sampai habis.
Sekarang ni MF layan kat youtube je.. Mana sempat nak tengok TV kan..
Owh.. Anak kawan MF yang watak Adam tu.. Umur 7 tahun... Tapi Adam ni... Nama sebenar dia Zuhayr...sebaya anak MF... Zuhayr ni anak istimewa... Dan kawan MF ni dah lama juga MF tak jumpa la.. Last jumpa melawat dia bersalin adik Zuhayr...
Ikuti perkembangan depa ni Kat Facebook dan Ig je la...
Best ke tak cerita ni.. Korang tonton la sendiri... Maaf Tak Indah di Slot Samarinda TV3.
agak best jgk la cerita ni..:)
BalasPadam