GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus! | Wanita susah kurus? Betul ke? Ada betulnya, memang sekali naik, nak turun bercinta... haha...

Jangan marah, ni bukan MF kata tapi doktor kata... 

Kenapa susah kurus? Baca ni!

Betul! Ini bukan sangkaan tapi kenyataan. Wanita lebih susah membakar lemak dari lelaki.

6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus!

6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus!

Antara sebab wanita lebih susah turunkan berat badan:

1. Kurang Pendedahan/Maklumat

Pertama mestilah ilmu. Tiada ilmu macam mana nak buat dengan betul.

Apa maklumat yang perlu tahu?

Allah & Rasulullah ajar:

  • Lihat apa yang kita makan
  • Ada sukatan tertentu
  • Kesan makanan terhadap tubuh
  • Cara makan yang betul


Setiap individu mempunyai sistem metabolisma berbeza jadi perlu belajar dan mendapatkan pandangan dari yang arif.

2. Wanita Lebih Banyak Lemak Berbanding Otot

Berdasarkan kajian, perempuan mempunyai lebih banyak lemak berbanding otot dalam badan. Jumlah lemak perempuan adalah hampir 2 kali ganda berbanding lelaki.

3. Emosi

Perempuan suka makan berdasarkan emosi berbanding lelaki menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition.

Perempuan suka makan makanan manis dan berlemak dalam usaha mengawal emosi untuk jadi lebih baik, ceria dan bahagia. Manakala lelaki sukakan aktiviti sosial dan lasak untuk emosi lebih bahagia.

Perempuan mula bertambah berat badan sebaik sahaja mula menjalinkan hubungan/berkahwin dengan lelaki. Mereka mula makan sekerap dan sebanyak pasangan mereka.

4. Hamil

Perempuan akan menyimpan lemak untuk proses kehamilan. Sewaktu hamil, sel-sel lemak bertambah untuk membantu proses perkembangan 'kandungan' seperti proses pembentukan otot dan badan

5. Tidak Aktif

Lelaki lebih aktif secara fizikalnya berbanding perempuan. Kita boleh lihat dari usia kecil lagi, budak-budak perempuan lebih suka bermain masak-masak berbanding lelaki yang berlari & berkejaran bermain.

6. Mudah Putus Asa

Dalam proses turunkan berat badan, perempuan memerlukan sokongan seperti kata-kata semangat pasangan dan ahli keluarga untuk konsisten.

Perempuan tidak boleh lakukan bersendirian. Dia perlu berada dalam satu 'group' yang mempunyai matlamat sama iaitu untuk kurus!

Pernah tengok perempuan aerobik/zumba sendirian? Semua berkumpulan kan?

Kredit: Dr. Zubaidi Ahmad

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ