Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri.
Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir.
Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)
Kredit : DrZaharuddinAbdRahman
Musibah juga adalah satu rezeki... Orang yang beriman akan terima dengan redha dan syukur.
Kerana dengan musibah itulah cara Allah nak ajar kita tentang kehidupan.
Jangan mudah menyalahkan takdir dan berputus asa dengan rahmat Allah.
Allahu, terima kasih atas perkongsian. sedikit sebanyak ianya menjentik hati ini
BalasPadamSetuju...saya dalam proses kesedihan, cuba bersabar.. nak update blog pun macma nak tak nak..haih!
BalasPadam