GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Bau Badan Kita Sendiri!

Jerung boleh bau darah di dalam air, 
Harimau boleh bau mangsa
anjing boleh bau dadah, 
tapi manusia tidak boleh bau badan sendiri bilakah sepatutnya mereka memakai deodorant. 😂 

Pelikkan?



Bau minyak wangi
Sumber: Google images

Jawapannya: Tidak. 

Ini kerana, badan kita mungkin telah tidak alah kepada bau sendiri. 

Terdapat saraf di dalam hidung dikenali sebagai olfactory yang mengesan bau. Hidung ini mampu mengesan 1 trillion jenis bau. 

Namun, jika bau ini berterusan, seperti bau badan anda, saraf tersebut akan jadi letih untuk beri feedback kepada otak dan lama kelamaan ianya akan tutup penghantaran ke otak. 

✅ Ini juga menjelaskan kenapa bila bersukan, kita tidak dapat bau badan busuk rakan kita yang bermain bersama. 

✅ Sama juga untuk satu kumpulan, atau satu komuniti yang mempunyai adat, sikap atau pekerjaan yang sama, mungkin tidak akan perasan bau yang sama. Namun untuk komuniti lain mereka yang tidak biasa mungkin akan perasan. 

✅ Sama juga dengan bau perfume. Kita menambah-nambah pewangi dengan berlebihan memikirkan kita tidak cukup wangi selepas beberapa minit/jam, sedangkan kawan di sebelah anda mungkin sakit hidung disebabkan bau yang sangat kuat. 

Jadi, apakah yang patut diambil oleh anda untuk mengelakkan diri daripada berbau busuk, atau terlalu wangi? 

Tanya kawan anda yang jarang bersama anda. Mereka mungkin dapat membantu anda.

Kredit info: Public Health Malaysia

Kesimpulan :

So, kalau pakai minyak wangi tu jangan sembur dari atas sampai bawah... 

Kita rasa macam tak wangi tapi orang sebelah dah rasa nak pengsan dah. 

So, sama juga dengan bau badan pasangan kita.. Kita akan imun dengan bau dia kalau setiap hari dok bau... 

Sebab tu ye kaum lelaki... Orang perempuan sensitif tau kalau tetiba bau korang dah lain... Aik.. Apasal bau lain nih.. Haha.. Menjawab lah korang nanti... 😂😂😂

1Ulasan

  1. Part sembur minyak wangi tu memang betul. Kadang kita rasa tak cukup macam tak bau je, terkurang ke apa. Tapi, orang sebelah dah tegur. Wangi betul, eh lain macam kan? Heheheh :p

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ