بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Quranflash - Software untuk baca al-Quran di PC/Laptop | Kitab al-Quran berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.
Nak buat amal kebajikan mudah sangat zaman sekarang ni, antara nak dengan tak nak aje.
Sama juga dengan baca al-Quran. Kalau dulu, memang kena bawa al-Quran ke mana-mana kalau nak baca. Besar pula tu. Leceh juga nak bawa sebab kena ada wuduk dan jaga adab.
Kemudian, dimudahkan dengan terjemahan. Boleh pegang dan bawa walaupun takde wuduk dan ketika uzur syari'e, tapi tetap kena jaga adab sebab ada ayat al-Quran.
Dan zaman moden sekarang, lagi mudah bila wujud teknologi smartphone. Dicipta pula aplikasi di handphone. Lebih mudah dan lebih senang, boleh baca di mana-mana sahaja.
Tapi, kalau orang yang kerjanya banyak mengadap laptop, kadang smartphone pun letak tepi je. So, macam rugi kan...
So, apa kata kita install software al-Quran kat PC atau laptop. Letak icon depan dekstop... so, bila on je PC dan laptop terus klik dan baca al-Quran ni dulu sebelum buat kerja. Ok kan...
Software yang MF cadangkan untuk baca al-Quran di PC/Laptop ialah Quranflash.
Quranflash - Software untuk baca al-Quran di PC/Laptop
Software ni bestnya, user friendly dan mudah nak guna. Tak makan ruang yang besar dalam storage kita.User friendly
Interface software ni pun cantik, dan menarik untuk kita baca.Boleh dengar bacaan al-Quran secara offline dari imam Makkah dan Madinah
Dan boleh juga zoom untuk besarkan font, selain tu yang best tu, kita boleh juga dengar bacaan dari imam-imam popular dari Makkah dan Madinah. So, sambil buat kerja, boleh dengar ayat yang kita pilih. Tanpa perlu nak online atau download.MF memang suka la software ni... Mudah dan senang... Time bosan kadang buka la, baca satu dua ayat.
Ada terjemahan
Jomlah, buat kerja ofis tu install kat PC masing-masing... sambil buat kerja, boleh tambah pahala. sebab kadang kita tak sempat nak baca al-Quran kan.. Paling tidak boleh la satu dua ayat kan.
Korang boleh download percuma di sini ni:
Semoga bermanfaat.
Terima kasih atas perkongsian. Saya install di fon lebih mudah. Lebih banyak masa guna fon dri pc.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian kak, semoga dimurahkan rezeki akak.. (",)
BalasPadam