Prego Fettuccine Carbonara Mushrooms, Semudah 1, 2, 3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Prego Fettuccine Carbonara Mushrooms, Semudah 1, 2, 3 | Semalam, kita Western style Makan tengah hari. Bosan asyik makan nasi je kan... So, makan lain sikit.


Bahan yang sedia ada... Fettuccine dan juga sos Carbonara Mushrooms. 

Sebenarnya, pertama kali masak Fettuccine Pasta ni. Sebelum ni asyik makan speghati tak pun makaroni. 

Tapi sebab dah beli Sos Carbonara Mushrooms tu, dan tengok kat botol tu dia kata sesuai dengan Fettuccine, so kita beli lah fettuccine. 

Dan buat pertama kali juga cuba Fettuccine jenama prego ni. Sebelum ni dok makan jenama lain.


So, jam 11 baru masuk dapur sebab katanya senang je nak masak kan. 

Prego Fettuccine Carbonara, Semudah 1, 2, 3

Prego Fettuccine Carbonara Mushrooms, Semudah 1, 2, 3

Memang sebijik ikut je arahan kat packaging tu.


Cara masak Fettuccine Carbonara Mushrooms 


1. Didihkan air. 
2. Masukkan Fettuccine Pasta, sedikit minyak dan garam. 
3. Rebus dalam 10 - 15 minit hingga empuk.

Fettuccine ni kena selalu gaul masa rebus sebab lebih senang melekat antara satu sama lain. Memang berbeza dengan speghati. 

Lepas dah rebus, toskan.

Cara masak sos Prego Carbonara Mushrooms


1. Tumis kan bawang putih yang dihiris nipis, bawang besar atau bawang Holland yang dipotong dadu, hingga naik bau. 

2. Masukkan isi ayam atau sosej hingga kekuningan. 

3. Tuangkan sos Prego Carbonara Mushrooms. 

4. Tambahkan garam, lada atau serbuk perasa mengikut citarasa. 

5. Siap untuk dihidang. 

Cara nak makan ikut citarasa. Kalau nak masukkan Fettuccine pasta siap-siap dalam sos pun boleh, tapi kalau nak makan, baru letak sos pun boleh juga.


Rasa?

Prego Fettuccine Carbonara, Semudah 1, 2, 3

Memang sedap. Rasa lemak masam sikit. Kalau nak pedas kena tambah cili lah. Kalau nak lagi rasa lemak boleh tambah cream masakan.

Yang penting senang... Orang tak reti masak pun boleh buat ni... Senang yang amat. 

Sesekali tak makan nasi kan.. Sedap juga yang penting kenyang. Alhamdulillah. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedapnyaaa, dekat rumah sewa dulu housemates saya selalu masak benda ni. Rinduu :3

    BalasPadam
  2. mmg senang. Semudah 1 2 3 mmg tagline dia kan? mmg kena sgt la hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^