7 Tips dan Panduan Beli Laptop Baru

Maria Firdz
5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips dan Panduan Beli Laptop Baru | Laptop satu keperluan bagi cikgu dan semestinya seorang blogger. Boleh swing mood dan hilang semangat kerja kalau takde laptop.

Baru-baru ni, MF diuji dengan Laptop yang bermasalah. Puncanya tangan MF sendiri jugalah... install itu ini... dah bermasalah... gatai sangat kan...

Laptop Acer Aspire 4930 adalah laptop kepunyaan suami MF sebenarnya, laptop MF masa belajar dulu masih ada, boleh guna cuma apa ntah masalah di suka bergedik... Jadi, simpan saja..

2012 MF beli pula Netbook HP, sebab pikir untuk kerja je... tak perlukan saiz yang besar. Beli kat Low Yat masa tu... harga pun murah je... RM899 masa tu...

Alhamdulillah, lama berkhidmat laptop tu, sehingga tahun 2019... Kira-kira 7 tahun juga dia bertahan. Masih boleh guna cuma slow sangat.




Jadi, MF guna laptop suami MF... Laptop tu suami MF beli tahun 2008, dan sehingga 2019 dia berkhidmat... kira-kira 11 tahun dia berkhidmat... 2 kali sahaja format sepanjang dia berkhidmat... tu pun upgrade windows dari windows XP ke Windows 7.

Dan sebabkan usia dia sebegitu, MF tak ralat la dia rosak pun sebab tua sangat hard disk dia sebab tak pernah tukar pun... Cuma ralat sebab MF tak back up dalam external hard disk atau pendrive. Data yang selamat yang mana simpan dalam telegram sahaja.

Selepas berkira-kira dengan suami, suami cadangkan beli je yang baru...

7 Tips dan Panduan Beli Laptop Baru, beli laptop baru, laptop acer, pilih laptop yang terbaik

Tips dan Panduan Beli Laptop Baru

Selepas difikir-fikir, MF setuju dengan cadangan suami... dan mula buat perancangan kewangan lah untuk beli yang baru nih...

Tips 1: Survey

Sebelum membeli MF survey juga jenama dan spec mengikut bajet yang ada...

Setakat ni kami dah pernah pakai Dell dan Acer serta netbook HP.. insha Allah ni antara jenama yang kita sendiri pernh pakai.. jadi, susah nak ubah mindset ke jenama lain...

So, MF survey Dell dan Acer... jenama lain macam kurang berkenan...walaupun ramai pakai.

Hari minggu kami ke kedai komputer...

Tips 2: Pilih

Sampai di kedai komputer, takde pula jenama dan spec yang kami nak... Tak nak menyusahkan diri... kami tengok pilihan lain... Yang ada laptop Acer... Ada beberapa pilihan... dan cuba untuk memilih mengikut Spekfikasi dan harga. 

Tips 3: Tentukan kegunaan

Nak beli laptop kena tentukan kita nak guna untuk apa. Macam MF kegunaan untuk buat kerja-kerja untuk guru lah... Banyak guna Microsoft Office je... Guna juga untuk tujuan blog dan bertujuan juga untuk design dan edit video.

So, MF akan pilih Laptop yang ada ciri-ciri dan boleh support semua funtion tu.. Dan MF bukan beli laptop untuk online game.

Tips 4: Pilih Processors

Asalnya nak pilih yang terlatest dari Intel... Kenapa Intel, sebab pengalaman guna tu dah lama... so, senang guna yang kita dah tau...

Intel yang paling latest Intel i9, tapi i7 pun dah overbudjet MF, so disebabkan penggunaan tidaklah terlalu tinggi, jadi MF pilih Intel i5 untuk beli... sebab masih dalam bajet.


Tips 5 : RAM

Dah pilih processor, tengok pula RAM... disebabkan penggunaan MF agak sederhana tapi ada melibatkan editing video... jadi, perlukan RAM yang besar juga... Jadi, MF pilih RAM yang besar... 8GB adalah cukup besar... sekarang handphone pun dah 8GB kan.. tak kan laptop nak pilih yang 3GB je kan... 

Tips 6: Hard Disk

Hard disk tempat simpan segala data... Tapi sebab pengalaman Hard disk rosak, MF tak lagi mementingkan sangat tapi perlu juga... sebab kalau ia juga mempengaruhi kelajuan laptop. 

Yang terbaru orang dah guna SSD, SSD ni macam juga HDD tapi dia kan menjadikan laptop korang laju. Insha Allah, laptop yang rosak HDD tu, akan upgrade ke SSD.. 

Dan untuk simpan data, MF dah back up beli siap-siap external HDD... Tak berani nak simpan dalam laptop lama-lama.. huhu...


Tips 7: Grafik

Sebab MF ada juga buat kerja-kerja design, jadi kena pilih grafik yang cantik... jadi, laptop yang support grafic card yang cantik sama ada AMD atau NVIDIA... tapi kebanyakan memang ada NVIDIA.. kalau ada tu, bagus beli bagi kaki design... 

Tips Tambahan:  Budjet

Selepas 7 tips di atas, akhir sekali tengoklah bajet anda... kalau ikut spesifikasi MF ni, MF bajet dalam bawah RM3K sahaja... 

Alhamdulillah... jumpa laptop yang ada spesifikasi dalam bajet tu... 

Akhirnya Laptop Acer Swift 3 menjadi rezeki MF... 

7 Tips dan Panduan Beli Laptop Baru, beli laptop baru, laptop acer, pilih laptop yang terbaik


Product details of Acer Swift 3 SF314-55-5699 14" 

  • FHD IPS Laptop ( I5-8265U, 8GB, 256GB, Intel, W10 )
  • Intel® Core i5-8265U processor (6 MB Smart Cache, 1.6 GHz with Turbo Boost up to 3.9 GHz, DDR4 or LPDDR3, 15 W)
  • 8GB DDR4 on-board RAM (cukup laju untuk run windows)
  • 256GB PCIe NVMe SSD
  • Intel® UHD Graphics 620
  • 14.0" slim bezel display with IPS, Full HD 1920 x 1080.
  • Windows 10 Home 64-bit
  • Ketahanan Bateri 12 jam, (build in)
  • Kekuatan tarik wifi dengan kelajuan 160 Mhz GB (sesuai untuk blogger dan Youtuber)
  • 2 tahun warranty Acer (cuma yang ni kena tambah RM299 untuk cover insurans, kalau jatuh, rosak pecah boleh claim dari Acer)
  • 2 tahun warranty kilang (boleh cover untuk kerosakan dalaman atau sistem sahaja)
  • berat - 1.35kg, memang ringan dan nipis sahaja. 


Dengan design warna merah... fuhh... tergoda tengok... Ringan dan bergaya... 

Tak mampu nak beli mahal walaupun berkenan sangat... Jadi, yang ni pun dah cukup syukur dah.. 

Sekian perkongsian dari pengalaman MF... Apa pun pilih dan fikir dengan baik sebelum membeli agar tak menyesal dikemudian hari... 

Apa pun, nak beli laptop better pergi terus ke kedai sebab mudah, kita dapat tengok, belek dan kalau nak install apa-apa terus senang... Online memang murah, tapi nak install MS word semua tu kena lah buat sendiri... dan kalau kita guna windows original tapi Microsoft pirate, memang bermasalah nanti walaupun off update... MF dah guna macam tu jadi punca tu... jadi serik... kita plak buta it kan... jadi, ke kedai lebih selamat. 

Moga Allah berkati rezeki MF kali ni... moga dia berkhidmat sampai MF pencen nanti... insha Allah... 


Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Terima kasih atas perkongsian. Tapi kalau saya bujet letak atas sekali kemudian processor. Yang lain tu, kita boleh upgrade kemudian kalau nak tambah mcm ram, sdd semua.

    BalasPadam
  2. wow..kita pun fikir ngak nk laptop baru. nk ram lagi besar. lptop dh lam..slow rsanya kdg nk buka window tu

    BalasPadam
  3. terima kasih tips kak.. sblum ini sy pernah tersalah beli laptop sbb nak yg murah kan.. huhu...

    BalasPadam
  4. Biasa memang survey dulu ikut bajet then dia punya kegunaan tu lebih kepada kerja yg macamana. good sharing kak :)

    BalasPadam
  5. tambah satu lagi
    bawa yang pakar laptop pergi
    takut nanti kena tipu dengan penjual
    hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !